A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Hiperaktif: Adakah Salah Asuhan?

Ibu bapa perlu mengenalpasti dan memahami simptom-simptom ADHD yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini supaya dapat menanganinya dengan baik.

Kebanyakan ibu bapa  kini   mula  sedar  akan kebolehan  anak-anak dan  adakah   dia   berbeza dengan kanak-kanak   lain yang  sebayanya. Ibu bapa   akan cuba   menyediakan    keperluan   yang terbaik buat anak-anak  mereka. Sekiranya, anak kita terlebih aktif pastinya ibu bapa akan berasa  risau. Selalunya, mereka menggunakan istilah aktif atau hiperaktif jika anak mereka berkelakuan sebegitu. Namun begitu, dari segi bahasa perubatan ia dipanggil Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Apa itu ADHD?

ADHD   merupakan  masalah perkembangan pada  kanak-kanak. Ini  berlaku  apabila   kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tumpuan dan bersifat  amat aktif pada masa yang sama. ADHD  berlaku di antara satu iaitu samada kanak-kanak itu bersifat hiperaktif sahaja atau bermasalah tumpuan sahaja.

Mitos ADHD

Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa kanak-kanak yang mengalami ADHD ini berpunca daripada salah asuhan ibu bapa. Tetapi, sebenarnya masalah ini  bukan disebabkan faktor tersebut. Namun begitu, jika ibu bapa tidak memberi tumpuan kepada kanak-kanak ini dengan baik, simptom-simptom yang sedia ada boleh menjadi lebih teruk.

Faktor-faktor penyebab

Punca-punca yang spesifik berlakunya ADHD masih belum diketahui. Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang dipercayai menyumbang kepada berlakunya atau menerukkan lagi ADHD. Antaranya adalah faktor persekitaran, genetik, pemakanan dan sosial.

  • Persekitaran

    • 9% hingga 20% daripada varians adalah mereka yang mempunyai simptom-simptom ADHD yang dicetuskan oleh faktor persekitaran. Kemungkinan-kemungkinan yang disebabkan persekitaran adalah seperti terdedah kepada asap rokok, alkohol atau terdedah kepada plumbum.

  • Genetik

    • 75% kanak-kanak yang mengalami ADHD adalah diwarisi. Hiperaktiviti disebabkan oleh keadaan genetik. Namun, faktor-faktor lain juga telah dikenalpasti bersama.

  • Pemakanan

    • Didapati bahawa pewarna makanan tiruan dan perasa makanan dapat menyebabkan hiperaktif pada kanak-kanak ini.

  • Sosial

    • Ketidakfungsian keluarga dan kurangnya  pendidikan boleh menyebabkan berlakunya hiperaktif dikalangan kanak-kanak. Selain itu, situasi anak angkat juga turut menyumbangkan berlakunya masalah ini. Begitu juga dengan keganasan atau penderaan kanak-kanak.

Karakter kanak-kanak ADHD

Merujuk kepada DSM-IV (Diagnostic and Statistical Manual and Mental Disorder-4 th Edition) yang banyak digunapakai di Amerika Syarikat menunjukkan;

Kanak-kanak ADHD diklasifikasikan kepada tiga kumpulan iaitu:

  • ADHD, jenis kombinasi

  • ADHD, predominan tumpuan

  • ADHD, predominan hiperaktif-kompulsif.

DSM-IV ini juga memberikan panduan dimana masalah tumpuan meliputi:

  1. Dalam keadaan yang berbeza

  2. Diukur dari segi objektif dan tingkah-laku

  3. Ketidaknormalan yang disebabkan biologikal/organik asal

  1. Mempunyai enam atau lebih tanda-tanda tiada tumpuan yang wujud sekurang-kurangnya selama enam bulan atau lebih dengan menunjukkan tingkah-laku yang tidak bersesuaian dengan umur kanak-kanak.

    • Tiada tumpuan

      • Selalu tidak memberikan tumpuan atau tidak berhati-hati ketika melakukan kerja-kerja sekolah, kerja atau lain-lain aktiviti.

      • Selalu bermasalah untuk mengekalkan tumpuan dalam tugasan atau permainan.

      • Selalu seolah-olah tidak mendengar apabila seseornag bercakap dengannya.

      • Selalu tidak mengkut arahan ketika melakukan kerja-kerja sekolah atau tugasan.

      • Selalu mempunyai masalah untuk menyusunatur aktiviti.

      • Selalu mengelak, tidak suka atau tidak mahu melakukan perkara-perkara yang memerlukan ia berfikir untuk jangkamasa yang lama.

      • Selalu menghilangkan barang ketika melakukan tugasan atau aktiviti

      • Selalu tertarik kepada perkara lain.

      • Selalu lupa pada aktiviti-aktiviti harian.

  1. Mempunyai enam atau lebih tanda-tanda hiperaktif-kompulsif yang wujud sekurang-kurangnya enam bulan atau lebih.

    • Hiperaktif

      • Selalu menggerakkan tangan atau kaki

      • Selalu bangun dari tempat duduk ketika dia perlu duduk.

      • Selalu berlari  atau memanjat pada masa dan tempat yang tidak sesuai.

      • Selalu membawa masalah ketika bermain atau sedang melakukan  aktiviti.

      • Selalu bersikap sentiasa ingin “pergi”.

      • Selalu bercakap secara berlebih-lebihan.

    • Impulsif

      • Selalu menjawab soalan sebelum soalan habis ditanya.

      • Selalu bermasalah ketika menunggu giliran.

      • Selalu mengganggu atau mengacau orang lain.

    • Terdapat tanda-tanda yang menyebabkan ketidakupayaan wujud sebelum umur 7 tahun.

    • Terdapat masalah yang wujud dalam dua atau lebih keadaan (tempat kerja, sekolah dan rumah).

    • Terdapat bukti yang jelas bahawa masalah-masalah ini mengganggu fungsi sosial, sekolah dan kerja.

Bagaimana menangani kanak-kanak ADHD?

Setiap kanak-kanak mempunyai keunikan mereka yang tersendiri. Kanak-kanak ADHD juga tidak sama di antara satu dengan yang lain. Silap asuhan oleh ibubapa boleh menyebabkan simptom-simptom ADHD pada kanak-kanak ini menjadi semakin teruk.

Oleh itu, ibu bapa perlu mengenalpasti dan memahami simptom-simptom ADHD yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini supaya dapat menanganinya dengan baik. Antara cara yang dapat dilakukan bagi menangani masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak  ini adalah;

  • Psikososial

    • Kaedah ini biasanya dilakukan kepada kanak-kanak ADHD terutamanya kanak-kanak pra-sekolah dan mempunyai masalah ADHD yang ringan. Kaedah ini meliputi berbagai-bagai pendekatan terapi dan ia bukan semata-mata  tanggungjawab ibu bapa. Terapi ini merangkumi latihan perubahan tingkahlaku kanak-kanak, terapi keluarga, intervensi peringkat sekolah, latihan kemahiran sosial dan latihan kepada ibu bapa.

  • Ubat-ubatan

    • Melalui kaedah ini kanak-kanak yang mengalami ADHD akan diberikan ubat bukan stimulant bagi mengurangkan simptom-simptom yang ditunjukkan. Ini bermaksud sekiranya kanak-kanak mengambil ubat yang diberikan oleh doktor psikiatri, kanak-kanak ini mungkin akan menjadi kurang hiperaktif. Contoh ubat-ubatan yang biasa digunakan adalah Ritalin. Namun begitu, kaedah ubat-ubatan tidak digalakkan.  Pengambilan ubat-ubatan  merupakan pilihan terakhir dalam merawat masalah ADHD kerana kesan jangka panjang penggunaannya masih belum dapat dikenalpasti.

  Rujukan

  1. Attention deficit hyperactivity disorder Wikipedia the free encyclopedia.htm 2012

  2. Is bad parenting the cause of ADHD among children Today Parent.htm 2012

  3. Is ADHD the Result Of Bad Parenting?.htm 2011

  4. Can Bad Parenting Cause ADHD.  ADHD Center EverydayHealth.com.htm 2010

  5. Myth Busting Bad Parenting Causes ADHD.htm 2008

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Haryani bt. Harun
Akreditor : Zaidi bin Ya’acob
Penyemak : Nadwah bt. Onwi

 

Artikel Berkaitan

Penjagaan Bayi Baru Lahir: Strategi bagi Ibu Bapa yang Tertekan

Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin dilihat terhad kepada penyusuan, mandi, menukar lampin dan memujuk – namun begitu, terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada penjagaan asas ini. Penjagaan kesihatan bayi yang lain termasuklah penjagaan kulit bayi, memahami tangisan bayi dan membantu dalam perkembangan bayi.

Ekzema

Apa itu ekzema? Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,422,996

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia