A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Herba Ubatan: Haruskah Doktor Gigi Anda Tahu?

Apakah itu herba ubatan?

Herba ubatan ditakrifkan oleh Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) sebagai herba, bahan herba, sediaan herba dan produk herba keluaran siap yang mengandungi sebahagian tumbuhan, atau bahan tumbuhan lain atau kombinasinya sebagai bahan aktif.  Herba ubatan juga dikenali sebagai ubat dari sumber botani atau fitoperubatan.

Mengapa orang ramai menggunakan ubat-ubatan herba?

  1. Terapeutik (perubatan)
    • Sesetengah herba ubatan terbukti untuk merawat sesetengah masalah kesihatan samada dengan pengambilan ubat itu sendiri atau dengan kombinasi ubat-ubatan konvensional
  2. Amalan perubatan secara tradisional atau yang diamalkan oleh sesuatu kaum
  3. Lebih murah dan mudah didapati
    • Herba ubatan dipercayai lebih murah dari ubat-ubatan konvensional
    • Mudah untuk mencari herba ubatan
  4. Kepercayaan tentang “ubat ajaib”
    • Orang ramai percaya herba ubatan boleh menyembuhkan sebarang penyakit termasuk kanser dan AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit)
    • Orang ramai percaya herba ubatan mengandungi kurang toksik daripada ubat-ubatan konvensional
  5. Merawat diri sendiri
    • Orang ramai percaya herba ubatan adalah berguna untuk pencegahan dari pelbagai penyakit
    • Orang ramai percaya herba ubatan adalah semulajadi dan selamat
    • Akibat kecewa dengan keberkesanan ubat-ubatan konvensional untuk penyakit kronik

Haruskah pesakit memberitahu doktor gigi mereka jika mereka mengambil herba ubatan?

Doktor gigi perlu dimaklumkan tentang pengambilan herba ubatan.

  • Ini adalah kerana kemungkinan terdapat kesan sampingan daripada herba ubatan dan kemungkinan terdapat interaksi herba ubatan dengan ubat-ubatan konvensional.
  • Sesetengah herba ubatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan kepada tisu-tisu di dalam mulut.
  • Doktor gigi akan membuat pertimbangan untuk memberi preskripsi jenis ubat yang lain kepada pesakit untuk mengelakkan kesan sampingan dari ubat-ubatan.
  • Doktor gigi akan memberikan saranan kepada pesakit yang mempunyai sistem imuniti yang terjejas untuk mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar perubatan jika mereka mengambil herba ubatan.

Interaksi Herba Ubatan Dengan Ubat-Ubatan Konvensional

Berikut disenaraikan beberapa contoh interaksi yang boleh berlaku di antara herba ubatan (yang terdapat di Malaysia) dengan ubat-ubatan konvensional (diadaptasikan dari Abebe, 2003):

Herba ubatan (Nama saintifik)

Kegunaan

Ubat-ubatan pergigian

Kesan interaksi

Getah Aloe (Aloe vera, Aloe ferox) Laksatif, kegunaan topikal untuk menyembuhkan  luka, lecuh, masalah kulit Ubat steroid

Pelbagai ubat makan

Kardiovaskular hyperaktif (rentak abnormal, tekanan darah tinggi)

Mengurangkan kesan ubat-ubatan

Chamomile
(Matricaria recutita, Chamaemelum nobile)
Digunakan untuk melegakan ketegangan otot, sedatif ringan, penyembuhan luka Aspirin

Sedatif

Meningkatkan risiko pendarahan

Meningkatkan kesan sedatif

Echinacea (Echinacea angustifolia) Antimikrobial, perangsang imun, untuk selesema, flu, ekzema and jangkitan respiratori atas Ketoconazole, acetaminophen Ketoksikan hati
Evening primrose (Oenothera biennis)3 Digunakan untuk merawat sindrom prahaid dan simptom menopaus Aspirin

Steroid

Meningkatkan risiko pendarahan

Meningkatkan aktiviti/ ketoksikan steroid

Bawang putih (Allium sativum) Antihipertensi, antioksidan, untuk pesakit kolesterol tinggi, antimikrobial, untuk mencegah kanser, selesema, dan diabetes Aspirin

Anestetik Am

Meningkatkan risiko pendarahan

Meningkatkan risiko pendarahan (selepas prosedur pembedahan)

Halia (Zingiber officinale) Mengawal muntah, untuk sakit tekak, migrain, antioksidan, antiinflamasi, untuk ketidakhadaman Aspirin Meningkatkan risiko pendarahan
Ginkgo (Ginkgo biloba) Untuk memperbaiki daya ingatan and fungsi otak, untuk kesihatan umum kardiovaskular, antioksidan Aspirin

Acetaminophen tambah kafein tambah enfotamine

Meningkatkan risiko pendarahan

Pendarahan otak

Ginseng (Asia dan/atau Ginseng Amerika) (Panax spp.) Untuk menambah daya ketahanan, kesegaran, adaptasi and sistem imun; untuk stress
Digunakan untuk merawat  diabetes (jenis 2)
Ubat steroid

Aspirin

Meningkatkan aktiviti/ ketoksikan steroid

Meningkatkan kesan ubat

Teh hijau (Camellia sinesis) Laksatif, untuk mencegah kanser, untuk jantung, hati and kesihatan pergigian Atropin (diambil secara oral) Mengurangkan kesan ubat
Senna (Cassia senna) Laksatif Ubat Steroid (diambil secara oral) Mengurangkan kesan ubat

Meningkatkan aktiviti/ ketoksikan kardiovaskular

St. John’s wort (Hypericum perforatum) Untuk kemurungan  ringan ke sederhana, insomnia, untuk penyembuhan luka, lebam dan anti inflamasi Tetracycline

Benzodiazepine

Meningkatkan sensitiviti kepada cahaya (fotosensitif)

Meningkatkan kesan sedatif

Kesan Oral Herba Ubatan1

Herba ubatan
(Nama saintifik)

Kesan oral

Gambar herba
(sumber: Google Image)

Echinacea (Echinacea angustifolia) Lidah menjadi kebas

Feverfew (Tanacetum parthenium) Ulser oral/aphtous, iritasi dan bengkak lidah dan bibir

Masa pendarahan gusi bertambah

Ginkgo (Ginkgo biloba) Pendarahan yang berpanjangan apabila gusi tercedera

St. John’s wort (Hypericum perforatum) Mulut kering

Mudarat Kesihatan Akibat Penggunaan Herba Ubatan

Sesetengah orang menganggap herba ubatan adalah selamat kerana berasal daripada sumber semula jadi.  Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah herba ubatan yang diubahsuai untuk menambahkan keberkesanan ubat. Sesetengah sediaan herba tercemar dengan kortikosteroid semasa pengendalian herba tersebut.

Sesetengah krim herba topikal sebagai contoh mengandungi 0.75mg dexamethasone asetat (sejenis kortikosteroid) akan menyebabkan penindasan kelenjar adrenal dan ketoksikan steroid.  Kelenjar adrenal menghasilkan kebanyakan hormon di dalam badan termasuk hormon steroid, mineralokortikoid, glukokortikoid dan androgen.

Sesetengah sediaan herba mengandungi bahan menyerupai hormon estrogen (hormon wanita) yang boleh menyebabkan pembesaran payudara lelaki (gynaecomastia). Di samping itu, herba ubatan yang mengandungi steroid boleh menindas sistem keimunan, menyebabkan jangkitan berulang-ulang2.

Kesimpulannya adalah kepentingan untuk memberitahu doktor gigi anda bahawa anda sedang mengambil herba ubatan atau sebarang makanan tambahan.  Doktor gigi akan berupaya untuk menyemak interaksi ubat-ubatan dan memantau sebarang kesan sampingan kepada tisu oral anda.

Rujukan

  1. Abebe W. (2003). An Overview of Herbal Supplement Utilization with Particular Emphasis on Possible Interactions with Dental Drugs and Oral Manifestations. The Journal of Dental Hygiene,77(1),37-46
  2. Little JW. (2004). Complementary and alternative medicine: Impact on dentistry. Oral Surgery, Oral Medicine, Oral Pathology, Oral Radiology and Endodontology, 98(2), 137-145
  3. Niggeman B. and Grüber C. (2003). Side-effects of Complementary and Alternative Medicine. Allergy, 58, 707-716

Semakan Akhir : 11 Ogos 2016
Penulis / Penterjemah : Dr. Wan Syasliza bt. Mohamed Thani
Akreditor : Dr. Norjehan bt. Yahaya

Artikel Berkaitan

Alat Pelindung Gigi

Alat pelindung gigi ialah suatu alat yang diperbuat daripada plastik. Ianya digunakan untuk melindungi diri daripada kecederaan gigi atau atrisi (kehausan) gigi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,414,865

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia