A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Heel Spur

Pengenalan

Tulang tumit adalah tulang yang terbesar di kaki dan fungsi utamanya adalah untuk menyerap hentakan semasa bergerak.´Heel spur´ adalah keadaan di mana terdapat bonjolan tulang pada tulang tumit ( pada bahagian bawah tulang ).´Heel spur´ selalunya berkaitan dengan radangan ´plantar fascia´. Ia boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat pada tumit dan kesakitan ini bertambah teruk semasa bergerak.

Penyebab

´Heel spur´ terjadi disebabkan oleh bonjolan tulang yang abnormal pada tulang tumit (pemendakan garam kalsium yang berlaku akibat ketegangan plantar fasia ). Ketegangan ini boleh berlaku kepada individual tertentu yang mempunyai tapak kaki yang abnormal ( high arch atau flat feet ). Perempuan mempunyai risiko yang lebih dari lelaki untuk mengalami ´heel spur´ disebabkan jenis pemakaian kasut.

Diagnosa

´Heel spur´ boleh didiagnosa oleh gambar sinar X dan melalui pemeriksaaan klinikal.

Rawatan

Rawatan utama untuk ´heel spur´ adalah untuk mengenal pasti punca ketegangan plantar fasia. Jika puncanya adalah ´flat feet´ ,penggunaan alat bantuan (lapisan di dalam kasut) dapat mengembalikan posisi tapak kaki ke normal dan mengurangkan kesakitan.

Rawatan lain termasuk latihan senaman kaki , kurangkan berat badan , memakai kasut yang mempunyai tapak dalaman yang lembut , memakai alat bantuan ( heel cup ) yang akan menyerap bebanan dan hentakan semasa bergerak


Semakan Akhir : 01 Mei 2012
Penulis : Dr. Azaiddin Akasah
Penyemak : Dr. Heselynn Hussein

 

Artikel Berkaitan

Alahan Ubat

Mengenalpasti tanda dan gejala alahan ubatan adalah satu perkara penting kerana ia boleh mengancam nyawa. Walau bagaimanapun kematian disebabkan oleh alahan ubat jarang berlaku.

Influenza

Pengenalan Influenza berlaku di seluruh dunia terutamanya di kawasan beriklim

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,955,871

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia