Home > Umum > Optometri > Harapan Untuk Melihat Bagi Penglihatan Terhad

Harapan Untuk Melihat Bagi Penglihatan Terhad

Pengenalan

Berdasarkan Kajian Mata Kebangsaan 1996 yang dijalankan di Malaysia, peratus populasi penglihatan terhad adalah seramai 2.44 %. Ini bermaksud, dalam seratus (100) orang penduduk di Malaysia terdapat dua (2) orang yang mempunyai masalah penglihatan terhad. Dua faktor penyebab utama kepada masalah penglihatan terhad adalah:

  • Rabun yang tidak dibetulkan
  • Katarak

Terdapat kajian dalam bidang Kesihatan Awam yang diadakan di empat (4)  buah Negara iaitu Peru, Nepal, Tanzania dan India, mendapati bahawa mereka yang mempunyai masalah penglihatan terhad sama ada kanak-kanak atau dewasa akan mengalami masalah dalam melakukan kerja seharian mereka seperti:

  • Melihat dekat atau melakukan aktiviti dekat seperti membaca dan menulis
  • Melihat objek pada jarak jauh
  • Berjalan dari satu tempat ke satu tempat

Keadaan keterbatasan dalam melakukan aktiviti seharian ini akan menyebabkan mereka mempunyai perasaan negatif seperti:

  • Stres
  • Kemurungan
  • Cepat marah
  • Sedih dan kecewa
  • Kurang keyakinan diri
  • Amat bergantung pada pertolongan keluarga
  • Berasa diri membebankan orang lain
  • Berasa rendah diri

Mereka juga adalah mangsa buli dan ejekan dikalangan masyarakat. Mereka yang berada dalam keadaan begini amat memerlukan sokongan moral dan emosi serta bantuan material daripada pihak-pihak berwajib agar dapat memberi sinar dan harapan kepada mereka.

Bagaimana Pesakit Penglihatan Terhad dibantu?

1. Memberi cadangan dalam membuat pilihan alat bantu penglihatan

  • Pegawai Optometri akan membuat pilihan alat bantu penglihatan yang bersesuaian berdasarkan tahap penglihatan dan keperluan pesakit
  • Pesakit akan diberi peluang untuk mencuba peralatan tersebut
  • Pesakit akan diberi peluang untuk memilih alat bantu penglihatan yang dapat memenuhi keperluan mereka

2. Membantu, mengajar dan melatih pesakit menggunakan alat bantu penglihatan optikal

3. Mencadangkan dan mengajar pesakit penglihatan terhad menggunakan alat bantu penglihatan elektronik

Antara alat bantu penglihatan elektronik adalah seperti berikut:

  • Closed Circuit Television (CCTV)
  • Portable video magnifier
  • Pocket Magnifier
  • Talking Watch &Talking Calculator
  • E-Reader
  • Telefon Pintar
  • Voice Interface dan sebagainya

 

  • Pegawai Optometri  akan mengajar dan mendidik pesakit tentang cara dan kaedah penggunaan alat elektronik tersebut dengan betul.

4. Mencadangkan dan mengajarkan pesakit menggunakan alat bantu penglihatan bukan optikal

  • Alat bantu penglihatan bukan optikal  adalah seperti berikut:

a. Modifikasi Persekitaran

6. Merujuk pesakit penglihatan terhad ke agensi-agensi kerajaan:

a. Rujukan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat

  • Mendaftar sebagai Orang Kelainan Upaya (Penglihatan)
  • Membantu pesakit penglihatan terhad untuk membeli alat bantu penglihatan seperti cermin mata, alat optikal dan alat bantu penglihatan elektronik.
  • Menyediakan latihan dan kursus kemahiran untuk Orang Kelainan Upaya ( Penglihatan )
      • Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
      • Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)

b. Rujukan ke Jabatan Penddikan

  • Membantu pesakit penglihatan terhad agar ditempatkan di sekolah pendidikan khas (Penglihatan)

c. Rujukan ke Sekolah

  • Memaklumkan kepada guru kelas tentang keperluan pesakit
  • Pesakit diberi keistimewaan seperti di dalam jadual dibawah:

7. Merujuk pesakit penglihatan terhad ke badan-badan bukan kerajaan

Antara badan bukan kerajaan adalah seperti:

  • Pertubuhan Pembangunan Orang-Orang Buta Malaysia (PPUB)
  • Persatuan Orang Buta Melaka
  • Persatuan Orang Buta Sabah
  • Persatuan Orang Buta Miri dan Bintulu
  • Tujuan:
    • Untuk membantu pesakit penglihatan terhad mempelajari program Orientasi dan Mobiliti.
    • Untuk membantu pesakit penglihatan terhad mempelajari program Kemahiran Kehidupan Seharian
    • Untuk membantu pesakit penglihatan terhad mempelajari kursus kemahiran vokasional

Penutup

Khabar gembira buat pesakit penglihatan terhad kerana mereka masih ada harapan untuk melihat semula dengan bantuan alat bantu penglihatan terhad secara optikal, bukan optikal dan elektronik. Dengan adanya peruntukan dan kemudahan yang ada, alat-alat ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dimiliki oleh mereka.

Apa yang penting ialah mereka perlu berusaha untuk mempelajari dan menyesuaikan diri dengan alat-alat tersebut agar dapat membantu mereka dalam kehidupan seharian dan meningkatkan keupayaan untuk berdikari.

 

Rujukan

  1. Zainal, M., Ismail, S.M., Ropilah, A. R., Elias, H., Arumugam, G., Alias, D., Fathilah, J., Lim, T. O., Ding, L. M. & Goh, P. P., 2002. Prevalence of Blindness and Low vision in Malaysian Population: Results from the National Eye Survey 1996. Br J Ophthalmol. 86: 951–956.

 

Semakan akhir : 20 Ogos 2014
Penulis : Pn. Nurul Hafizah bt. Mohd Norizan
Penyemak Pn. Hafizah bt. Abu Yamin