A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Hairulnizam Bin Abdullah

Hairulnizam Bin Abdullah

Encik Hairulnizam Bin Abdullah merupakan Pegawai Psikologi di Unit Psikologi kaunseling, Hospital Kuala Lumpur. Beliau sebelum itu memulakan kerjaya sebagai Penolong Pegawai Tadbir N27, MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) Pejabat Wilayah Tengah Kelana Jaya, Bahagian Pelesenan & Penguatkuasaan / Kawalan Mutu.pada Januari 2002 hingga Jun 2009

Pada Julai tahun 2009 beliau telah bertukar profesion sebagai Pegawai Psikologi. Beliau berkhidmat di Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Sultan Hj. Ahmad Shah, Temerloh, Pahang sebagai Pegawai Psikologi S41 sehingga Mei tahun 2010.

Seterusnya beliau telah bertukar tempat kerja di Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Ampang, Selangor, dari Mei 2010 hingga Februari 2017.

Kelayakan & Institusi :

  1. Ijazah Sarjana Muda (Psikologi) Kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor 2002
  2. Sijil Tinggi Pesekolahan Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah, Seremban Negeri Sembilan, 1998

Pengalaman Kerja:

  • Pengalaman selama 7 tahun sebagai Pegawai Psikologi di Unit Psikologi Kaunseling Hospital Sultan Hj.Ahmad Shah, Temerloh sehingga Mei 2010 dan di Unit Psikologi Kaunseling Hospital Ampang, Selangor sehingga Februari 2017.
  • Pengalaman kerja merangkumi kerja-kerja yang melibatkan perkhidmatan intervensi Kaunseling ke atas pesakit/klien yang dirujuk dikalangan pesakit dalam / luar dan dikalangan staff dalam Hospital. Turut terlibat dengan pelbagai Program dalam memantapkan pembangunan Modal Insan dikalangan staff Hospital seperti membantu mengendalikan Program Budaya Korporat Hospital, Program Kelompok Bimbingan Minda Positif yang memfokuskan kepada isu berkaitan kepuasan kerja, motivasi kerja, pengurusan stress di tempat kerja dan sebagainya bagi membantu meningkatkan kesejahteraan emosi dan psikologi para staff Hospital.
  • Terdapat juga melaksanakan program-program memperkasakan diri para pesakit dan waris seperti Program Kelompok Bimbingan, Kemahiran Keibubapaan yang mendedahkan peserta dikalangan staff dan penjaga dalam memantapkan strategi modifikasi tingkahlaku kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja yang meningkat matang dalam aspek Psikologi. Selain itu turut bergiat aktif membantu Kelab Pesakit Talasemia Hospital dalammelaksanakan program pemantapan motivasi dan kesejahteraan Psikologi dikalangan Pesakit Talasemia.
  • Dalam aspek psiko pendidikan ke atas pesakit bergiat aktif membantu mempromosi dan aktif terlibat dengan Kelas Pendidikan Pesakit Talasemia peringkat Hospital dan memfokuskan pada kepentingan kesedaran penjagaan kesejahteraan Psikologi dikalangan waris, pesakit dan masyarakat sekeliling berkaitan Talasemia.

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,391,135

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia