A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apakah yang dimaksudkan sebagai gusi bernanah?

Gusi bernanah juga dikenali sebagai abses. Gusi bernanah adalah kebengkakkan lembut yang terletak berhampiran dengan gigi yang berkaitan. Ia boleh berlaku pada gigi susu atau gigi kekal.

Apakah yang menyebabkan gusi bernanah?

Terdapat komunikasi antara bakteria dan tisu pulpa (lapisan gigi paling dalam yang mengandungi saraf dan salur darah). Tisu pulpa akan mengalami keradangan untuk bertindak terhadap jangkitan bakteria. Kegagalan untuk bertindakbalas akan mengakibatkan pulpa menjadi nekrotik (mati) dan membentuk nanah yang berkumpul di hujung akar. Akhirnya timbullah keadaan gusi bernanah.

Punca:

  • Makanan dan minuman manis
  • Menyusu botol
  • Tahap kebersihan mulut yang kurang baik

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anak anda mempunyai gusi bernanah?

Bawa anak anda berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan perundingan dan rawatan.

Apakah rawatan untuk gusi bernanah?

  • Penyaliran nanah
  • Rawatan kanal akar atau cabutan gigi
  • Ubat Paracetamol sebagai ubat penahan sakit dan demam
  • Ubat antibiotik sekiranya ada demam dan kebengkakan kelenjar nodus limfa
Rawatan : Cabutan gigi
 
 
Rawatan : Kanal akar

Keadaan di mana cabutan gigi adalah rawatan pilihan:

  1. Gigi tidak boleh diselamatkan

    Gigi yang tidak boleh ditampal atau gigi yang disangsikan pemulihannya, perlulah dicabut.
     

  2. Kanak-kanak yang kurang memberi kerjasama atau tidak komplian

    Kanak-kanak yang tidak bekerjasama atau tidak dapat hadir secara berkala untuk rawatan yang kompleks. Cabutan gigi yang terlibat akan memberi ruang untuk pengenalan kepada kanak-kanak tentang aspek pencegahan dan rawatan tampalan.
     

  3. Kanak-kanak yang mengalami masalah kompromi perubatan

    Gigi perlu dicabut sekiranya rawatan kanal akar mengakibatkan risiko keadaan kesihatan kanak-kanak tersebut.
     

  4. Cabutan untuk rawatan ortodontik

    Ini dilakukan sekiranya ada rancangan untuk rawatan ortodontik

Rujukan

  1. David A Mitchell, Laura Mitchell. Oxford Handbook of Clinical Dentistry 4th Edition 2005.
  2. Greenstein G, Greenstein B. Clinical management of acute orofacial infections. Compendium Continuing Education in Dentistry 2015. Feb;36(2):96-103.
  3. Richard R. Welbury. Paediatric Dentistry 2nd Edition 2001.

 

Semakan Akhir : 12 Mei 2015
Penulis / Penterjemah : Dr. Rashima bt. Ali @ Ibrahim
Akreditor : Dr. Bahruddin bin Saripudin

 

Artikel Berkaitan

Rokok dan Penyakit Gusi

Orang yang merokok menghadapi risiko empat kali ganda menghidap penyakit gusi yang serius (periodontitis) berbanding orang yang tidak pernah merokok.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,271,972

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia