A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Glomerulonephritis

Definisi

Glomerulonephritis dikalangan kanak-kanak ialah sejenis penyakit yang mengganggu fungsi buah pinggang. Kita mempunyai dua buah pinggang. Kedua-duanya adalah organ yang mengeluarkan air kencing. Setiap buah pinggang mempunyai dua bahagian.

  • Sebahagian berfungsi dalam menapis darah bagi mengeluarkan sisa kotoran, garam dan air yang berlebihan daripada badan.
  • Sebahagian lagi terlibat didalam pengeluaran air kencing yang dikeluarkan melalui tiub kemudiannya akan disalurkan ke pundi kencing.

Di dalam penyakit , bahagian yang terlibat di dalam penapisan darah tidak menjalankan tugasnya dengan normal. Akibatnya bahan yang berguna seperti protein dan darah terkeluar bersama-sama air kencing.

Glomerulonephritis boleh berlaku secara perlahan-lahan atau secara agresif. Terdapat pelbagai jenis glomerulonephritis boleh ditentukan dengan mengambil dan memeriksa sedikit tisu daripada buah pinggang.

Epidemiologi

Berdasarkan laporan dari pengambilan tisu buah pinggang, punca utama penyakit glomerulonephritis di kalangan kanak-kanak di bawah 15 tahun di Malaysia ialah :

  • Focal Segmental Glomerulosclerosis (FSGS). Kanak-kanak akan mengalami bengkak badan akibat kehilangan protein melalui air kencing. Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini tidak bertindak balas dengan rawatan prednisolone.
  • Glomerulonephritis akibat daripada penyakit SLE (Systematic Lupus Erythematosis). Penyakit ini sering dihidapi oleh remaja perempuan dan boleh melibatkan pelbagai organ seperti kulit, otak, sendi dan termasuklah buah pinggang.
  • Minimal Change Disease. Kanak-kanak ini juga boleh mengalami bengkak di badan akibat kehilangan protein melalui air kencing. Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini selalunya bertindak balas dengan prednisolone.
  • Glomerulonephritis selepas jangkitan kuman streptococcal. Penyakit ini sering di hidapi oleh kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas akibat daripada jangkitan kuman tersebut. Jangkitan ini menyebabkan kudis pada kaki ataupun sakit pada kerongkong. Satu atau dua minggu selepas jangkitan, air kencing pesakit akan menjadi merah dan pada ketika inilah yang menyebabkan ibu bapa membawa pesakit ke hospital untuk menerima rawatan. Penyakit ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah tinggi dan juga boleh menjejaskan fungsi buah pinggang. Namunjika ia dirawat, penyakit ini mempunyai harapan yang baik untuk pulih seratus-peratus.

Kadang-kala glomerulonephritis boleh mengakibatkan masalah yang serius sehingga menyebabkan kegagalan buah pinggang. Keadaan ini dikatakan berlaku apabila fungsi buah pinggang tidak berjalan dengan sempurna atau pun berhenti sepenuhnya secara perlahan-lahan atau secara tiba-tiba.

Tanda/gejala sakit glomerulonephritis

Ini bergantung kepada jenis glomerulonephritis. Kadang-kala seseorang tidak mempunyai apa -apa tanda. Ia hanya dikesan apabila pemeriksaan air kencing dijalankan semasa pemeriksaan kesihatan dijalankan. Glomerulonephritis menimbulkan tanda-tanda berikut :

  • Pendarahan dalam air kencing.Warna air kencing bertukar menjadi merah, merah jambu atau coklat.
  • Kencing yang berbuih.
  • Bengkak di muka terutama di bahagian mata, tangan, kaki dan perut.
  • Kencing yang telah berkurangan.
  • Tekanan darah tinggi.

Ujian untuk penyakit glomerulonephritis:

  • Ujian air kencing dan ujian darah. Ujian air kencing mengesahkan sama ada kehadiran darah atau protein didalam air kencing. Ujian darah menunjukkan sama ada fungsi buah pinggang masih normal atau telah merosot.
  • Ultrasound buah pinggang. Ini dapat memberikan gambaran keadaan serta saiz ukuran buah pinggang.
  • Biopsi buah pinggang. Ujian ini melibatkan pengambilan tisu daripada buah pinggang. Doktor memasukkan jarum halus ke buah pinggang dan mengeluarkan sampel tisu yang kecil. Sampel ini akan dikaji di bawah mikroskop dan jenis glomerulonephritis akan dapat dikesan.

Rawatan

Rawatan penyakit ini bergantung kepada masalah yang timbul. Rawatan akan dibuat dengan mengambil kira punca akibat sakit buah pinggang dan kerosakan pada buah pinggang jika ada.
Pada peringkat awal penyakit ini tidak memerlukan rawatan. Tetapi pesakit perlu untuk dipantau diklinik secara berkala. Ujian darah dan air kencing dijalankan setiap kali lawatan dibuat. Tekanan darah mesti diambil.
Sekiranya memerlukan rawatan, ia merangkumi rawatan sebagaimana yang disenaraikan di bawah :

  • Ubat yang bernama Prednisolone. Ianya boleh diambil secara oral ataupun dalam bentuk intravena.
  • Ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi.
  • Ubat untuk menggalakkan pembuangan air kencing.
  • Mengelakkan daripada menggunakan rawatan alternatif atau supplemen yang boleh membahayakan lagi fungsi buah pinggang.
  • Memberikan sokongan kepada pesakit kanak-kanak serta ibu bapa.

Bagi mereka yang menghidap glomerulonephritis yang agresif serta telah menjejaskan fungsi  buah pinggang secara serius ,mereka memerlukan rawatan dialisis. Rawatan dialisis berfungsi menggantikan fungsi buah pinggang yang telah rosak. Terdapat dua kaedah rawatan dialisis iaitu : haemodialisis dan peritoneal dialisis.

Haemodialisis : Dalam kaedah rawatan ini,  mesin mengeluarkan darah daripada badan dengan menggunakan pam. Darah yang dikeluarkan akan ditapis/ dibersihkan dan akan dipulangkan kembali ke badan pesakit. Proses rawatan ini mengambil masa selama 2-3 jam setiap sesi 3 kali seminggu.

Peritoneal dialysis : Dalam kaedah ini cecair dialisis akan dimasukkan ke dalam kaviti peritoneal (bahagian perut) melalui tiub yang dipasang pada bahagian perut. Cecair dialisis yang dimasukkan akan dikeluarkan mengikut masa yang ditetapkan dengan membawa bersama bahan-bahan kumuhan, garam dan air yang berlebihan dari badan.

Rujukan:

  • Patient Information: Glomerular Disease (The Basics) 2012
  • Rosnawati Yahya, Wan Jazilah W I (Eds) Second Report of the Malaysian Registry of Renal Biopsy Kuala Lumpur 2010
  • Practical Paediatric Nephrology An Update of Current Parctices. Editors Chiu Man Chiu, Hui Kim Yap 2005

 

Last Reviewed : 05 Mac 2014
Writer : Dr. Wan Jazilah bt. Wan Ismail
Accreditor : Y. Bhg. Datuk Dr. Wan Shaariah bt. Md. Yusuf

 

 

 

Artikel Berkaitan

O

Tiada Video

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,722

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia