A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Gigitan Tak Sekata

Gigitan tak sekata adalah ketidak sekataan jajaran gigi dan rahang atau  secara ringkasnya gigitan yang salah (tidak normal)

Pengenalan

Dalam konteks pergigian, gigitan (oklusi) adalah merujuk kepada hubungan antara gigi atas dan bawah. Secara teknikalnya, ia adalah hubungan antara Maksila (rahang atas) dan Mandibel (rahang bawah) apabila gigi bertemu. Ia berlaku semasa mengunyah atau semasa berehat dengan bantuan otot-otot pengunyahan dan sendi rahang.

Gigitan normal berlaku dalam dua keadaan. Gigitan statik adalah dirujuk kepada hubungan antara gigi di mana rahang ditutup. Gigitan dinamik merujuk kepada gigitan yang dibuat semasa rahang bergerak, contohnya semasa mengunyah.

Contoh gigitan yang  normal

Gigitan tak sekata adalah ketidak sekataan jajaran gigi dan rahang atau  secara ringkasnya gigitan yang salah (tidak normal).

Ini akan menyebabkan beberapa masalah berkaitan dengan pergigian  dan seterusnya mempengaruhi kesihatan. Secara semulajadi badan kita akan cuba menjalani penyesuaian untuk berfungsi dalam keadaan yang tidak harmoni.


Kehilangan awal gigi susu boleh menyebabkan gigi geraham kecil kedua kanan terimpak ( tersangkut untuk keluar sepenuhnya di rahang)


Gigi geraham pertama atas kanan kelihatan terlebih panjang kerana tiada gigi bertentangan (cabutan awal dibuat)


Gigitan tak sekata menunjukkan gigi geraham pertama atas kanan kelihatan terlebih panjang, gigi geraham kecil atas kanan senget dan terkeluar dari jajaran. Gigi kacip pertama atas kanan dengan gusi terdedah dan kegagalan jambatan bawah kanan.


Gigitan silang antara gigi kacip kedua atas kanan dan gigi kacip kedua bawah kanan. Gigi kacip pertama atas kiri terkeluar (splin logam digunakan untuk memegang dengan gigi lain)

Gigitan tidak sekata selalunya berkaitan dengan berbagai masalah seperti gigi senget, masalah gusi, sendi rahang dan otot-otot rahang.

Gigi, tampalan dan korona mungkin akan haus, pecah atau longgar, dan ini akan menyebabkan gigi sakit.

Penyebab

  • Gigitan tak sekata boleh disebabkan oleh kehilangan awal gigi susu.
  • Kehilangan awal gigi bertentangan yang akan menyebabkan gigi tersebut terlebih panjang.
  • Kecederaan yang melibatkan gigi yang akan menyebabkan gigitan tidak sekata seperti terjatuh, kecederaan semasa bersukan dan kemalangan.

Dalam sesetengah keadaan pesakit tidak mempunyai masalah dan tidak merungut dengan gigitan tidak sekata yang dialami. Gusi yang menyusut boleh diburukkan lagi dengan keadaan gigitan yang tidak elok. Sekiranya rahang berada dalam keadaan tersasar dari kedudukan asal, maka otot-otot rahang terpaksa bekerja lebih, sehingga menjadi lemah dan akhirnya berlakunya kejang otot. Perkara ini akan juga menyebabkan sakit kepala atau migran, sakit pada mata atau rongga hidung dan juga sakit leher, bahu atau belakang. Jika gigitan tidak sekata begini dibiarkan berlanjutan maka akan menyebabkan kecederaan / (trauma) oklusi.

Gigitan tidak sekata juga menjadi faktor penyumbang kepada masalah berdengkur,sindrom rintangan saluran udara atas dan atau `sleep apnea’.

Tanda dan gejala

  1. Sakit gigi – gigi adalah yang pertama tersentuh apabila menggigit.
  2. Sakit kepala dan leher – kerana otot diregangkan
  3. Sendi yang berklik – kerana sendi ditarik ke hadapan dari cakera.
  4. Gigi yang terlebih sensitif – gigi mampu melentur bila menggigit. Tekanan yang berterusan akibat dari gigitan tidak sekata ini akan menyebabkan keretakan mikro dan pendedahan bahagian vital pada bahagian akar. Seterusnya akan menyebabkan ransangan berlebihan gigi tersebut.
  5. Gigi patah – ia berlaku apabila gigi tidak boleh lagi menahan lenturan. Gigi yang patah selalunya adalah yang mempunyai tampalan besar. Dalam kes-kes yang teruk, gigi akan terus terbelah (split)

Rawatan

  1. Tiada rawatan jika gigitan tidak sekata itu tiada tanda dan gejala, dan juga tidak mengganggu fungsi.
  2. Rujukan ke unit Ortodontik untuk menyusun semula gigi yang terlibat.
  3. Pembuangan sebahagian struktur gigi dengan meletakkan korona, seperti di dalam kes yang gigi memanjang.
  4. Pengisaran gigi dalam kes-kes yang bersentuh secara deflektif ( buang sedikit bahagian tampalan atau gigi).
  5. Cabutan gigi terlibat dan diganti dengan gigi palsu, jambatan atau implant
  6. Splin gigi untuk kes sakit sendi dan rahang.
  7. Ubat (selalu untuk sementara) dan nasihat pemakanan yang lembut.
  8. Latihan urutan untuk mengendurkan otot-otot yang tegang dan fisioterapi untuk kes tekanan berkaitan mengetap
  9. Pembedahan rahang untuk kes yang memerlukan.

Rujukan

  1. “Tooth surface loss; Part 3: Occlusion and splint therapy” British Dental Journal, Vol. 186, No. 5, 1999-03-13, via nature.com. Retrieved on 2007-08-18.
  2. Davies, S., and R. M. J. Gray, “Practice: What is occlusion?” British Dental Journal, Vol. 191, No. 5, pp. 235–245, 2001-09-08, via nature.com. Retrieved on 2007-08-18.
  3. “What is Malocclusion?” (Website). American Academy of Pediatric Dentistry, 2007. Retrieved on 2007-08-18.
  4. “Frequently Asked Questions: Jaw problems and headaches”. (Website). British Dental Health Foundation, 2007. Retrieved on 2007-08-18.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis / Penterjemah : Dr. Saripah bt. Saud
Akreditor : Dr. Saridatun Nur bt. Abd Salam
Penyemak : Dr. Roshima bt. Mohd Sharif

Artikel Berkaitan

Jangkitan Herpes Simplex Oral

Herpes, walaupun tidak melibatkan kematian, tetapi ia boleh mengubah kehidupan. Adalah sangat penting untuk mengetahui tentang HSV; faktor-faktor risiko jangkitan virus ini, dan bagaimana untuk menghalang dari merebak dan berulang

Memberus Gigi Bayi : Bagaimana Memulakannya?

Sebelum gigi pertama bayi tumbuh, adalah menjadi satu kelaziman yang sangat baik untuk menyapu gusi bayi dengan kain kasa atau tuala yang lembut setiap kali selepas makan atau ketika mandi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,227,908

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia