A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Gatal Mata

Gatal mata merupakan gejala okular biasa. Kegatalan mata sering berkait dengan kemerahan mata, sering menggosok mata, bengkak kelopak mata, fotofobia dan penglihatan kabur. Punca-punca utama penyakit gatal mata adalah konjunktivitis alahan, blefaritis, dan mata kering.

Gatal mata merupakan gejala okular biasa. Kegatalan mata sering berkait dengan kemerahan mata, sering menggosok mata, bengkak kelopak mata, fotofobia dan penglihatan kabur. Punca-punca utama penyakit gatal mata adalah konjunktivitis alahan, blefaritis, dan mata kering.

Konjunktivitis alahan adalah reaksi alahan permukaan mata kepada alergen. Ini adalah disebabkan oleh tindak balas imun di mana pesakit hipersensitif terhadap alergen. Konjunktivitis alahan boleh dibahagikan kepada Konjunktivitis alahan bermusim (SAC), Konjunktivitis alahan perennial (PAC), keratoconjunctivitis vernal (VKC) dan keratoconjunctivitis atopik (AKC).

Gejala keratokonjunktivitis bermusim adalah berkaitan dengan musim terutamanya  dengan pendedahan kepada pokok dan debunga manakala  konjunktivitis alahan perennial akan mempunyai gejala sepanjang tahun dan sering berkaitan terutamanya debu, habuk, hama dan bulu haiwan. Kedua-duanya boleh hadir bersama dengan gejala rinitis bermusim atau rinitis perennial. Keratoconjunktivitis Vernal hadir dengan gejala yang berkaitan dengan sejarah berlatarbelakangkan atopi, manakala keratoconjunctivitis atopik hadir dengan penglibatan radang kelopak mata atopik.

Tanda-tanda klinikal SAC dan PAC adalah sama. Terdapat bengkak di kedua-dua kelopak mata, konjunktiva kemerahan dan bengkak dan  tindak balas papillari ringan. Kedua-duanya jarang melibatkan kornea. Keratoconjunctivitis  vernal dan keratoconjunktivitis atopik akan mempunyai tanda papila di permukaan konjunktiva tarsal dan limbus (Rajah 1). Kedua-duanya memberi kesan kepada permukaan kornea seperti keratitis permukaan kornea ringan, hakisan kornea dan pelindung ulser jika tidak dirawat (Rajah 2). Pada peringkat ini, ia akan menjejaskan penglihatan.

Rajah 1

   
Papila konjunktiva Papila konjunktiva berbentuk cobblestone

Rajah 2

Ulser kornea pelindung Plak pelindung kornea

Pesakit dengan konjunktivitis alahan perlu melakukan ujian cucuk kulit untuk mengenal pasti alergen. Pesakit akan dinasihatkan untuk mengelakkan daripada alergen yang mereka sensitif. Selain itu, mereka juga perlu berhenti menggosok mata kerana menggosok menyebabkan rembesan histamine berlebihan. Ini akan memburukkan lagi keradangan dan menyebabkan mata menjadi lebih gatal. Penggunaan air mata tiruan dapat membantu untuk mencairkan pengantara keradangan dan alergen, manakala tuam sejuk membantu melegakan gejala dan mengurangkan bengkak.

Terapi perubatan bagi konjunktivitis alahan termasuk ubat titis mata antihistamin, pengecutan saluran darah, penstabil  sel mast dan ubat-ubatan anti-radang. Suntikan supratarsal juga merupakan pilihan bagi kes-kes refraktori.

Komplikasi konjunktivitis alahan kebanyakannya adalah berkait dengan keratoconjunktivis vernal dan atopik. Kornea ulser yang telah sembuh menjadi parut di kornea boleh  menyebabkan kurang penglihatan. Tabiat menggosok mata kerana gejala gatal mata boleh menyebabkan ektasia kornea. Ini adalah satu keadaan di mana kornea menjadi lemah dan nipis yang kemudiannya cembung menjadi keratokonus. Komplikasi lain ialah katarak dan juga glaukoma sekunder akibat penggunaan steroid berlebihan.

Alahan mata juga boleh disebabkan oleh tindak balas kepada alergen tertentu seperti ubat titis mata, kosmetik dan kanta lekap. Rawatannya adalah dengan mengelakkan penggunaan faktor alergen ini.

Blefaritis pula adalah keradangan kronik  sempadan tepi kelopak mata. Ia biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria atau penyumbatan kelenjar meibomian. Ia dibahagikan kepada blefaritis hadapan dan blefaritis belakang. Blefaritis hadapan adalah melibatkan bahagian tepi kelopak mata di mana terdapatnya bulu mata. Blefaritis belakang adalah disebabkan oleh kegagalan fungsi kelenjar meibomian dalam kelopak mata yang berfungsi merembeskan minyak untuk membantu melincirkan permukaan mata. Gejala dan tanda-tanda klinikal adalah  gatal mata, mata berair, kemerahan, kelekitan mata, tepi kelopak mata pembentukan kerak, bengkak kelopak mata dan lain-lain (Rajah 3). Rawatan penyakit ini termasuk pembersihan tepi kelopak mata, antibiotik topikal, antibiotik sistemik, air mata tiruan dan kortikosteroid topikal.

Rajah 3

Pembentukan kerak di tepi kelopak mata dalam blefaritis

Mata yang kering adalah keadaan biasa yang berlaku apabila air mata tidak dapat memberikan pelinciran yang mencukupi untuk permukaan mata. Ia adalah disebabkan oleh kegagalan fungsi kelenjar lacrimal atau kelenjar meibomian. Gejala dan tandanya  adalah gatal mata, sensasi benda asing, pedih, kemerahan mata. Rawatan mata kering adalah termasuk air mata tiruan, titisan mata anti-radang dan penyumbatan punctal.

Kesimpulan

Gatal mata adalah suatu tanda okular penting. Pesakit perlu berjumpa pakar mata untuk mendapat diagnosis dan rawatan yang sewajarnya.

Rujukan

  1. Krachmer, Jay H. Mannis, Mark J. Holland, Edward J.Book Title: Cornea Fundamentals, Diagnosis and Management. 3rd Edition 2011
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis/Penterjemah : Dr. Rohana bt. Alias
Akreditor : Dr. Chandramalar a/p T Santhirathelagan
Penyemak : Dr. Rosniza bt. Ab. Razak

Artikel Berkaitan

Juling

Juling merupakan ketidakseimbangan otot-otot mata yang menyebabkan sebelah atau kedua-dua

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,956,210

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia