A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengenalan

Kanabis atau Ganja adalah sejenis dadah yang paling kerap disalahgunakan. Ia biasa disalahgunakan untuk tujuan relaksasi, dan memberi si pengguna perasaan seronok. Ia juga digunakan untuk aspek perubatan, contohnya bagi mengurangkan sakit dan perawatan paliatif bagi mereka yang mengalami penyakit kanser di peringkat akhir hayat (terminal).

Ganja diperolehi dari sejenis pohon yang bernama ‘cannabis sativa‘ atau hemp. Pohon kanabis mengeluarkan sejenis damar, yang meliputi bahagian pohon yang berbunga dan dedaun di sebelah atas. Damar ini mengandungi satu sebatian psikoaktif yang dipanggil THC (tetrahydrocannabinoid). Kepekatan THC berbeza mengikut bahagian pohon tersebut. Kesemua bahagian pohon boleh digunakan. Nama panggilan yang lazim digunakan penagih juga berbeza mengikut bahagian mana yang di guna. Nama biasa yang digunakan adalah marijuana, pot, weed, dope, hashish atau hash.

Ia biasanya dihisap atau disedut. Ia boleh digulung seperti tembakau atau disedut melalui shisha (water pipe).

Apakah tanda-tanda dan gejala penyalahgunaannya?

Pada peringkat awal, penggunaan ganja boleh mendatangkan perasaan tenang dan relaks, peningkatan perasaan waspada, penambahan selera makan dan mata menjadi merah. Bila digunakan berpanjangan ia boleh menyebabkan hilang keseimbangan, lembap dalam berfikir, lambat masa bertindak balas, gangguan daya ingatan, kesukaran bernafas, kadar denyutan jantung meningkat, kebimbangan, perasaan curiga dan sangsi.

Komplikasi

Ganja juga boleh menyebabkan tanda-tanda gian jika digunakan pada dos yang tinggi. Gejala-gejala itu termasuk:

  • Kebimbangan
  • Lekas marah
  • Berpeluh
  • Hilang selera makan
  • Kemuraman
  • Gangguan tidur

Ganja juga telah dikenal pasti boleh mengurangkan bilangan sperma dan boleh menyebabkan kemandulan.

Ia boleh membuat si pengguna beralih kepada heroin dan menyebabkan ketagihan dan pergantungan. Ia boleh menghasilkan penyakit mental yang serius, seperti penyakit kemurungan dan penyakit paranoid.

Rawatan

Isu penyalahgunaan dadah

Pencegahan

Isu penyalahgunaan dadah

Rehabilitasi

Isu penyalahgunaan dadah

Kumpulan Sokongan

Pusat Pemulihan Penagihan

  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  • PEMADAM
  • PENGASIH
  • Guru

Pakar Psikiatri

  • Pakar Kaunselor dalam isu penagihan
  • Pakar Psikologi Klinikal
  • Ibu bapa
  • Guru sekolah
Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Suraya binti Yusoff
Penyemak : Prof Madya Dr.Ramli bin Musa

 

Artikel Berkaitan

Kemurungan

Pengenalan Kemurungan adalah masalah kesihatan mental yang biasa dialami oleh

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,496,493

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia