A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Inkontinens Najis

Inkontinens najis bermaksud seseorang warga emas itu tidak berupaya mengawal pembuangan air besar

  • Inkontinens najis bermaksud seseorang warga emas itu tidak berupaya mengawal pembuangan air besar.
  • Ketidakupayaan mengawal pembuangan air besar boleh menimbulkan rasa malu bagi kebanyakan warga emas.
  • Warga emas yang mengalami inkontinens najis selalu berasa bimbang bahawa orang lain akan menganggap mereka sebagai orang kurang upaya dan memerlukan bantuan.
  • Inkontinens najis selalunya boleh dipulihkan atau dikawal dengan rawatan.

Punca-punca Inkontinens Najis

  • Inkontinens najis mempunyai berbagai punca.
  • Sesetengah punca seperti cirit-birit berpunca dari jangkitan, angin ahmar dan kecederaan pada dubur atau saraf tunjang boleh menyebabkan seseorang warga emas yang kontinens menjadi inkontinens secara tiba-tiba.
  • Punca-punca lain seperti sembelit dengan najis tersumbat, rektum menurun atau rectal prolapsed (iaitu lapisan dalam rektum menurun melalui dubur), penyakit nyanyuk dan kerosakan saraf disebabkan oleh penyakit Diabetes boleh mengganggu kawalan ke atas pergerakan usus dan mengakibatkan inkontinens.
  • Apabila inkontinens terjadi, ia mungkin
    • pulih sepenuhnya,
    • berkekalan tetapi terjadi sekali-sekala atau
    • berkekalan dan sering terjadi bergantung kepada puncanya

Tanda dan Gejala

  • Tanda-tanda inkontinens najis termasuk kesan najis pada seluar dalam atau banyak najis terkeluar di luar kawalan.
  • Apabila najis terkeluar di luar kawalan, ia mungkin berbentuk cecair, pepejal atau campuran.

Diagnosa

  • Doktor akan memeriksa bahagian dubur dan rektum, memeriksa deria rasa pada kulit di sekitar dubur dan tahap keketatan semasa dubur mengecut.
  • Pemeriksaan bahagian dalam dubur dan rektum dilakukan dengan menggunakan tiub pemeriksa yang pendek (proctoscopy) atau tiub pemeriksa yang lebih panjang dan mudah membengkok (flexible sigmoidoscopy).
  • Jika punca kurang jelas, ujian/ siasatan khas perlu dilakukan. Ujian atau siasatan ini termasuklah x-ray usus dengan pewarna barium untuk mengenalpasti fungsi rektum atau pengukuran fungsi saraf dan otot pada dubur dan rektum (manometry).

Komplikasi

  • Jika warga emas mengalami inkontinens najis berterusan, mereka mungkin menghadapi masalah kurang zat makanan dan kekontangan.
  • Ia mungkin mengakibatkan perasaan rendah diri, pengasingan sosial dan kemurungan.

Rawatan

  • Jika inkontinens najis berpunca dari najis yang tersumbat di bahagian rektum disebabkan oleh masalah sembelit, najis yang tersumbat boleh dikeluarkan dengan ubat enema atau secara manual dengan jari yang bersarung tangan.
  • Rawatan inkontinens najis melibatkan pembentukan corak pergerakan usus secara berkala untuk menghasilkan najis yang berbentuk biasa.
  • Perubahan cara pemakanan mungkin membantu. Untuk warga emas yang tanpa masalah najis tersumbat, penambahan kandungan fiber yang tinggi dalam makanan boleh menambahkan kandungan najis dan melancarkan pergerakan usus. Adalah penting bahawa pengambilan makanan yang tinggi fiber perlu diiringi dengan pengambilan cecair yang mencukupi.
  • Jika inkontinens najis berpunca dari cirit-birit yang berterusan, punca cirit-birit perlu dikenal pasti dan dirawat.
  • Penggunaan ubat yang boleh memperlahankan pergerakan usus seperti loperamide, mungkin membantu tetapi ini adalah rawatan sementara dan punca cirit-birit perlu dikenal pasti.
  • Melakukan senaman ke atas otot dubur (anal sphincter) dengan mengecut dan relaks boleh meningkatkan kekuatan otot dubur dan membantu mencegah kejadian inkontinens najis.
  • Pembedahan mungkin menguntungkan sebilangan kecil pesakit apabila puncanya adalah disebabkan oleh kecederaan ke atas otot dubur (anal sphincter).
  • Langkah terakhir ialah pembentukan colostomy (iaitu pembedahan membentuk bukaan di antara usus dan permukaan badan). Pergerakan usus akan dibuka ke dalam sebuah beg (yang boleh ditanggalkan) yang melekat pada pembukaan badan. Colostomy tidak semestinya berkekalan, bergantung kepada faktor penyebab.
Semakan akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Ho Bee Kiau
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

Telinga

Semasa proses penuaan, warga emas mungkin mengalami masalah pendengaran dan sukar mengekalkan keseimbangan badan.
Perubahan ini berlaku kerana sebahagian daripada struktur di dalam telinga yang membantu pendengaran dan keseimbangan badan merosot dengan umur

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,418,476

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia