A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengenalan

Foot patch adalah satu produk yang digunakan dengan cara melekatkan produk pada telapak kaki.

Klasifikasi foot patch :

Kategori Penjelasan
Peranti Perubatan
  • Produk foot patch dikelaskan sebagai peranti perubatan apabila tujuan yang diniatkan/Indikasi foot patch tersebut adalah untuk menyerap toksin yang tidak dikehendaki daripada badan. Berdasarkan tujuan yang diniatkan/indikasi foot patch boleh diklasifikasikan sebagai peranti perubatan kelas 1 dan didaftarkan di dalam Australian Register of Therapeutic Goods (ARTG) oleh Therapeutic Good Administration, Australia. Tuntutan kesihatan yang dibenarkan mesti selari dengan tujuan yang diniatkan/indikasi.
  • Ini termasuk produk foot patch yang berfungsi secara fizikal (physical barrier) atau sebagai lapisan perlindungan (protective layer) untuk pengguna.
Tradisional
  • Produk foot patch dikelaskan sebagai produk tradisional apabila produk tersebut mempunyai bahan herba di dalamnya seperti ekstrak tumbuhan, daun Chitosan Loquat dan lain-lain.
  • Indikasi yang dibenarkan adalah digunakan secara tradisional untuk
    • kesihatan umum
    • menggalakkan perjalanan darah
    • melegakan keletihan
  • Sebarang tuntutan kesihatan/ indikasi selain yang dinyatakan di atas perlu disokong dengan dokumen kajian klinikal.
Bukan Preskripsi
  • Produk foot patch dikelaskan sebagai produk bukan preskripsi apabila produk tersebut mempunyai bahan farmaseutikal contohnya vitamin C dalam paras yang melebihi daripada yang dibenarkan sebagai bahan sampingan/ eksipien dalam produk tradisional.

Contoh tuntutan yang TIDAK dibenarkan:

  • Penyahtoksin
  • Mengurangkan berat badan
  • Memulihkan penyakit kencing manis
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan lain-lain

Tuntutan-tuntutan sebegini tidak akan dibenarkan kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.

Keperluan Pendaftaran

  • Peranti Perubatan
    • Pendaftaran peranti perubatan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) dijalankan selaras dengan penguatkuasaan Akta Peranti Perubatan.
    • Mohon rujuk www.mdb.gov.my untuk maklumat lanjut.
  • Tradisional & Bukan Preskripsi
    • Produk foot patch dalam kategori ini perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) yang merupakan sekretariat bagi PBKD.
    • Pendaftaran Produk adalah tertakluk kepada keperluan pendaftaran yang boleh didapati dengan memuat turun Drug Registration Guidance Document (DRGD) yang terdapat di laman sesawang www.bpfk.gov.my

Bahan yang digunakan dalam formulasi foot patch termasuk :

Contoh bahan aktif yang dikatakan mempunyai kesan kepada kesihatan pengguna:

  • Bamboo/ wood vinegar; asid pyroligenous
    • Mempunyai  kesan steril, penyahbau dan mempunyai kemampuan untuk menyerap dengan baik.
  • Tourmaline ; crystal:
    • Gelombang elektromagnetik dipancarkan dan anion dibebaskan. Jika tourmaline diletakkan di bawah tekanan atau perubahan suhu, ia akan menjana cas elektrik. Mineral ini dikenali sebagai satu-satunya mineral untuk mengeluarkan haba inframerah dan ion negatif.
  • Chitosan:
    • Sebagai anti-oksida dan mempunyai ciri-ciri anti-mutagen.
  • Asid Askorbik/ Vitamin C:
    • Untuk menggalakkan penyembuhan luka terbakar dan keradangan kulit.

Isu keselamatan

Terdapat banyak produk foot patch yang meletakkan indikasi / fungsi produk sebagai satu produk yang boleh mengeluarkan toksin dari badan, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan berat badan dan sebagainya.

Namun begitu, tiada sebarang kajian saintifik yang membuktikan kebenaran indikasi tersebut bagi produk foot patch.

Pendapat pakar menyatakan bahawa warna foot patch berubah kerana kehadiran sel kulit mati dan kekotoran yang terdapat pada tapak kaki1. Ada juga yang berpendapat interaksi peluh dari badan pengguna dan bahan di dalam produk foot patch menyebabkan pertukaran warna pada produk tersebut.

Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mempercayai iklan-iklan produk dengan membuat pembacaan lanjut tentang sesuatu produk sebelum membelinya.

Semakan Akhir : 02 September 2013
Penulis : Nurhidayah bt. Baharuddin
Akreditor : Hairanie bt. Sa’ban

 

Artikel Berkaitan

Bahan campurpalsu (Adulterant) dalam produk kosmetik

Sesuatu produk kosmetik dikatakan telah dicampurpalsu sekiranya ia mengandungi logam berat seperti merkuri (raksa) dan plumbum atau bahan racun berjadual seperti hydroquinone, tretinoin, antibiotik seperti clindamycin atau steroid seperti betamethasone.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,526,460

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia