A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Penjagaan Kaki

 

Download:

 

KAKI…adalah salah satu anggota badan yang penting dan harus diberi perhatian. Kaki bukan sahaja membantu kita dalam pergerakkan seharian malah ia juga menjaga keseimbangan badan kita. Ramai diantara kita tidak memberi perhatian yang sewajarnya dalam penjagaan kaki Tahukah anda Kaki terdiri daripada 26 tulang, 33 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Satu per empat daripada tulang didalam badan kita terletak dikaki. Jadi, jika tulang-tulang ini tidak sejajar atau hilang keseimbangannya maka badan kita tidak stabil. Terdapat pelbagai sebab yang boleh menimbulkan masalah pada kaki antaranya ialah penyakit, saiz kasut yang salah, kaki yang dimamah usia, peredaran darah yang kurang baik, dan kuku kaki yang tidak dipotong dengan betul. Kaki yang tidak dijaga dan dibersihkan dengan betul boleh menimbulkan masalah seperti jangkitan kulat, kulit kaki kering dan pecah, kematu, cekam, atau ketuat. Memandangkan salah satu fungsi kaki ialah menampung berat badan kita, maka masalah pada kaki juga akan berlaku disebabkan oleh berat badan yang berlebihan. TIPS PENJAGAAN KAKI YANG SIHAT Berikut adalah beberapa langkah yang boleh membantu anda mengamalkan penjagaan dan kebersihan kaki yang baik:

  • Periksa kaki anda setiap hari
  • Basuh kaki dan jari kaki dengan bersih ketika mandi. Keringkan kaki dengan tuala bersih, terutama dicelah-celah jari.
  • Galakkan pengaliran darah ke kaki dengan:
    • Senaman kaki secara berkala
    • Urutan lembut pada kaki
    • Rendamkan kaki dalam air suam dicampur garam
    • Rehatkan kaki di paras yang tinggi sedikit jika lama berdiri atau berasa letih
  • Elakkan aktiviti yang boleh mengurangkan peredaran darah ke kaki seperti:
    • Tekanan akibat kasut yang ketat
    • Duduk terlalu lama
    • Duduk bersilang kaki terlalu lama
    • Memakai seluar atau stoking kaki yang ketat
  • Gunakan losen pelembab atau krim (juga disyorkan untuk kaum lelaki) pada kaki bagi mengelakkan kulit dan tumit menjadi kering atau merekah.
  • Periksa kaki, terutama dicelah-celah jari, dengan teliti di tempat yang terang.
  • Cari rekahan pada kulit, luka-luka, calar-balar, melepuh, kudis, bisul atau perubahan warna pada kulit kaki.
  • Sentiasa gunakan kasut atau selipar yang lembut dan selesa sama ada di dalam ataupun di luar rumah .
  • Gunakan sarung kaki yang dapat menyerap peluh iaitu dari jenis benang bulu dan kapas. Pastikan ianya tidak terlalu ketat kerana ini boleh menghalang peredaran darah di kaki
  • Tukar sarung kaki setiap hari
  • Pakailah kasut yang sesuai saiz dan selesa . Jangan memakai kasut yang basah.
  • Kuku kaki juga harus diberi perhatian. Potong kuku jari kaki secara lurus melintang dan tidak melengkung atau terlalu pendek. Kemaskan kuku dengan mengikis pinggir kuku untuk menumpulkan tepi yang tajam.
  • Jangan sekali-kali memotong atau mencukur sebarang ketumbuhan pada kaki. Dapatkan nasihat doktor.

PEMAKAIAN KASUT YANG BETUL Kasut yang salah dari segi saiz, bentuk dan kepadanan boleh menimbulkan masalah pada kaki. Kasut yang betul, walaupun tidak akan menyelesaikan masalah klinikal pada kaki, ia masih boleh mengurangkan masalah yang dihadapi. Memilih kasut yang sesuai Semua diantara kita mempunyai kaki yang berbeza saiznya. Dalam kaeadaan ini, belilah kasut berdasarkan saiz kaki yang sesuai dan selesa serta jangan terlalu ketat. Dari segi potongannya pula, pastikan tapak kaki anda berpadanan dengan tapak kasut – hanya anda yang boleh menilai samada kasut yang dipilih itu selesa atau tidak. Antara tips lain yang boleh membantu anda sewaktu membeli kasut ialah:

  1. Gunakan kasut yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan
  2. Beli kasut pada waktu petang kerana kaki akan mengembang setelah berjalan seharian.
  3. Cuba kedua-dua belah kasut dan berjalan sekeliling kedai kasut untuk menguji keselesaannya.
  4. Pastikan ada ruang untuk jari-jari kaki bergerak didalam kasut.
  5. Tapak kasut yang tebal dan lembut dapat mengurangkan tekanan semasa berjalan, terutama di atas permukaan yang keras.
  6. Tumit kasut tidak terlalu tinggi untuk mengelakkan ketegangan pada otot kaki.

Kaki yang mudah berpeluh Untuk anda yang mempunyai kaki yang mudah berpeluh, pakailah kasut yang diperbuat daripada kulit atau kanvas, dan elakkan kasut dari buatan sintetik. Gunakan stoking dan bedak kaki yang sesuai agar kaki sentiasa kering dan tidak berbau. Jagalah kaki anda dengan baik. Kaki yang banyak berpeluh lebih mudah dijangkiti kulat. Jika anda pengidap kencing manis , amatlah perlu bagi anda untuk memberi keutamaan kepada penjagaan dan kebersihan kaki anda dan yang paling penting jangan berjalan dengan berkaki ayam. Pakailah kasut walaupun di dalam rumah. Pakai kasut yang selesa dan tidak terlalu ketat untuk mengelakkan dari luka atau melecet. Kasut yang bertutup seperti kasut sukan dan sandal adalah lebih baik dari memakai selipar. Untuk mengelakkan kasut baru mencederakan kaki, pakai 1-2 jam sehari kemudian berselang seli dengan kasut yang lama dari hari ke hari hinggalah kasut baru itu menjadi sedikit longgar dan memberikan keselesaan pada kaki. Gantikan kasut atau selipar yang telah haus tapaknya untuk mengelakkan kecederaan. Kaki anda melambangkan kesihatan badan anda. Hargailah kaki anda dan berikan perhatian yang sewajarnya.

P
Pemantauan Paras Glukos (Gula) Dalam Darah Pemeriksaan Mulut Sendiri Pencegahan Sakit Jantung Penjagaan Gigi Palsu Penjagaan Pesakit Terlantar di Katil (Bed Ridden) Penyediaan Makanan Secara Selamat Pengendalian Ubat-ubatan Yang Tidak Diperlukan Penyimpanan Bahan Mentah Penyusuan Ibu Boleh Dilakukan Walaupun Anda Kembali Bekerja Pre-Menstrual Tension Puberphonia Before Treatment Puberphonia After Treatment 6 Panduan Penjagaan Pesakit Stroke di Rumah

 

Related Article

User Guides

  W3C Disability Access for the achievement of the disabled

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,383,255

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia