A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Vena Varikos

Pengenalan

Vena varikos adalah satu manifestasi penyakit pembuluh darah vena yang kronik. Penyakit ini dikenali dengan keadaan vena yang membengkak, berbelit dan mudah disentuh3. Keadaan ini boleh berlaku di mana-mana bahagian badan yang mengalami kemelesetan aliran vena; akan tetapi keadaan ini kerap melibatkan anggota kaki2. (Gambarajah 1)


Gambarajah 1

Insidens vena varikos ini meningkat dengan peningkatan umur. Kajian mendapati prevalens vena varikos kalangan wanita adalah lima kali ganda berbanding lelaki.1

Faktor- faktor yang mungkin menjadi penyebab vena varikos1:

  • Sejarah keturunan
  • Kehamilan
  • Obesiti
  • Postur badan( berdiri atau duduk terlalu lama)
  • Pengambilan pil perancang keluarga bagi wanita
  • Pengambilan pil rawatan hormon

Gejala

Gejala- gejala1:

  • Lenguh dan sakit
  • Gatal-gatal
  • Bengkak kaki
  • Kekejangan otot kaki
  • Keresahan otot setempat.

Terdapat sebahagian pesakit vena varikos tampil untuk konsultasi rawatan kerana faktor kosmetik2. Dianggarkan 3-6% pesakit vena varikos akan mengalami komplikasi ulser vena seumur hidup.3

Komplikasi

Komplikasi vena varikos berlaku sehingga 7% dan menyumbang kepada kemorosotan morbiditi1:

  • Pendarahan- kesan dari trauma setempat atau pendarahan spontan dari vena varikos yang besar.
  • Inflammasi- radang vena superfisial; iaitu inflammasi dinding vena dengan thrombosis setempat yang menyebabkan kemerahan dan kesakitan pada kawasan kulit berkenaan.


Gambarajah 2

 

  • Kesan kosmetik
    1. Ekzema vena- pigmentasi kulit yang disebabkan oleh degradasi sel darah merah.
    2. Lipodermatosclerosis- fibrosis dan nekrosis lemak di bawah kulit kesan dari pada inflammasi yang kronik menyebabkan bengkak kronik sekitar buku lali.
    3. Ulser kulit yang kronik, yang disebabkan oleh tekanan vena yang tinggi menghasilkan parut yang sukar sembuh.(Gambarajah 2)

Rawatan

Terdapat beberapa pilihan rawatan termasuklah3:

A. Kaunseling berkenaan

  • Kebaikan penurunan berat badan.
  • Kebaikan melakukan aktiviti fizikal yang ringan.
  • Kebaikan mengelakkan faktor- faktor yang memburukkan gejala presentasi.
  • Vena varikos mungkin berulang dengan perawatan.
  • Perawatan mungkin memerlukan lebih dari satu sesi perawatan.

B. Perawatan intervensi di klinik vaskular surgeri.

Perawatan diberikan kepada pesakit yang mengalami komplikasi vena varikos yang signifikan seperti yang dinyatakan di atas, atau kepada pesakit yang mengalami gejala yang mengganggu kehidupan seharian.

Pengesahan diagnosa vena varikos adalah melalui ujian duplex ultrasound, dan rawatan:

  • Endothermal ablation (ablasi lapisan dalam vena menggunakan haba) dan endovenous laser (laser lapisan dalam vena) bagi perawatan yang melibatkan vena saphenous.
  • Sekiranya endothermal ablation tidak sesuai, terapi sclero menggunakan ultrasound boleh digunakan.
  • Sekiranya terapi sclero didapati tidak sesuai, pembedahan pembuangan vena varikos boleh dicadangkan.

C. Perawatan tanpa intervensi

Penggunaan stoking kompressi amat sesuai bagi pesakit vena varikos yang tidak serius. Walabagaimanapun, penggunaan stoking ini secara berterusan adalah amat rendah di kalangan pesakit. Lagi pun,kajian perubatan juga membuktikan bahawa penggunaan stoking kompressi gagal mengurangkan kadar berulang atau dapat menghalang kemerosotan vena varikos.1

Testimoni dari pesakit; penggunaan stoking kompressi ini menyusahkan, terutama semasa memakai dan membuka stoking. Tahap kegagalan penggunaan stoking adalah setinggi 33%.2

Kesan sampingan penggunaan stoking ini adalah rendah. Perhatian perlu diberikan kepada pesakit diabetes (kurang pembekalan saluran darah atau kurang deria sensori) kerana penggunaan stoking boleh menyebabkan kematian sel- sel pada kulit.1

Pencegahan

Pencegahan kemerosotan gejala vena varikos adalah penting. Pengurangan berat badan, aktiviti mengangkat kaki dari semasa ke semasa bersama penggunaan stoking kompressi boleh membantu.4

Pendidikan:

  • Penggunaan sabun yang sesuai dan air suam dengan diikuti aplikasi petrolatum- based pelembap pada kawasan kaki vena varikos terlibat sekali sehari boleh membantu mengurangkan kemerosotan gejala.
  • Elakkan penggunaan pakaian yang ketat.
  • Nasihat aktiviti mengangkat kaki melepasi paras jantung selama 30 minit 4 kali sehari(Gambarajah 3)
  • Nasihat elakkan membiarkan kaki tergantung terlalu lama.
  • Senaman kaki melibatkan betis, membantu melancarkan aliran darah ke jantung seperti aktiviti berjalan mendaki bukit dan berjalan berjengket beberapa kali sehari.


Gambarajah 3

Rujukan

  1. Rebecca et al, varicose veins. Surgery 259-262. 2010
  2. Sarah et al, varicose veins and it’s management. Surgery 211-217.2013
  3. NICE clinical guideline: The diagnosis and management of varicose veins. July 2013
  4. Sylvia et al. Varicose Veins: Diagnosis, Management,and Treatment. JNP 417-424. 2014

 

Semakan Akhir : 10 Oktober 2014
Penulis/Penterjemah : Dr. Mohd Sufian b. Adenan
Akreditor : Dato’ Dr. Hj. Md Hanip b. Rafia

 

Related Article

Varicose Veins

Varicose veins is a manifestation of chronic venous disease (CVD) and are characterized by tortuous, often palpable subcutaneous veins with reversed blood flow. The condition can occur anywhere in the body where there is poor venous return; however, they are most often associated with the lower limb.

Drug Allergy

An allergic reaction does not often happen the first time you take a medication. A reaction is much more likely to occur the next time you take that medication. If you have a reaction for the first time, you probably were exposed to the medication before without being aware of it.

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,411,287

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia