Transkipsi VO: Letakkan kedua tangan di hadapan genggam kedua-dua tangan kuat-kuat dan lepaskan.Ulang pergerakan ini 3 hingga 8 kali. Letakkan kedua-dua tangan di hadapan kucupkan jari-jari seperti kuntum bunga dan lepaskan .lakukan pergerakan ini 3 hingga 8 kali. Letakkan kedua-dua tapak tangan di hadapan begini gerakkan pergelangan tangan ke atas dan ke bawah .lakukan pergerakan ini sebanyak 3 hinnga 8 kali. Letakkan kedua-dua tapak tangan menghadap satu sama lain gerakkan pergelangan tangan ke dalam dan ke luar berselang seli .lakukan pergerakan ini 3 hingga 8 kali. Bengokkan kedua-dua siku sambil jari menyentuh bahu gerakkan perlahan –lahan ke belakang dalam bentuk mengekalkan pergerakan sendi ,bahu,ulang pergerakan ini 3 hingga 8kali. letakkan kedua-dua di sisi badan da kedua-dua tapak tangan menghadap dalam kemudian angkat bahu ke atas kearah telinga dan turunkan kembali ke posisi asal.senaman ini baik untuk melegakan sakit pada otot ,tulang belikat .ulang pergerakan ini 3 hingga 8 kali. Seterusnya kita akan melakukan senaman di atas kerusi letak kedua-dua tangan di sisi badan ,kedua tapak tangan menghadap ke atas ,akat kedua tangan ke atas dank e bawah senaman ini baik untuk meningkatkan julat sendi pergerakan bahu. Di ruang dapur ,kita juga boleh menggunakan meja untuk melakukan senaman berdiri dan sambil tangan memegang meja jengkitkan kedua-dua kaki ke hadapan dan kemudian berdiri di atas tumit,senaman ini dapat menguatkan otot-otot kaki dan boleh pertimbangan badan anda lakukan senaman ini sebanyak 3 hingga 8 kali. |
|
---|