A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Pengenalan

Rinitis atau selsema adalah radang pada hidung. Ia adalah keadaan di mana seseorang mengalami hidung berair atau berhingus, gatal hidung atau mata, bersin dan rasa hidung tersumbat. Ia terbahagi kepada Rinitis akut dan kronik. Simptom akut kurang dari satu bulan manakala kronik lebih dari enam minggu. Rinitis akut terdiri daripada demam selsema, hidung sensitif kepada bau-bauan seperti sambal, wangian atau bahan kimiaRinitis kronik boleh dibahagikan kepada alahan dan bukan alahan rinitis.

  • Rinitis alahan: Ia boleh dibahagi kepada dua iaitu mengikut musim atau sepanjang masa. Selsema mengikut musim selalunya berkaitan dengan debunga yang berterbangan dimusim bunga seperti di eropah. Ia jarang berlaku dimalaysia. Selsema sepanjang masa disebabkan oleh alahan seperti hama rumah, bulu binatang atau makanan yang bertindak sebagai allergen. Allergen ini bergabung dengan antibody di sel mast. Ia mengeluarkan histamine yang menyebabkan pengembangan salur darah, kulit kemerahan dan membran membengkak. Apabila ini berlaku di dalam hidung, gejala alahan rhinitis/ selsema terjadi.


Hama rumah

  • Rhinitis bukan alahan disebabkan oleh ketidak seimbangan saraf simpatetik dan parasimpatetik. Ia boleh disebabkan oleh perubahan cuaca, ketegangan, kesedihan atau kegembiraan. Ia juga dikenali sebagai Rinitis Vasomotor
  • Kadangkala ubatan juga boleh menjadikan rinitis bukan alahan bertambah teruk. Penggunaan nasal decongestants yang terlalu lama, juga boleh menyebabkan hidung tersumbat menjadi teruk. Sesetengah ubat tekanan darah seperti beta blockers dan vasodilators boleh menyebabkan selsema/rinitis.
  • Perubahan hormon semasa mengandung boleh menyebabkan Rinitis Keadaan ini akan pulih selepas kelahiran.

Tanda dan Gejala

Gejala Rinitis/selsema termasuk bersin hidung berair, tersumbat, gatal-gatal hidung, lelangit dan telinga, mata, dan sakit kepala.


Inferior turbinat

Komplikasi

Jika selsema ini berlarutan, komplikasi yang mungkin berlaku seperti:

  • Nasal polyps. Terdapat tumbuhan benigna yang lembut terjadi pada lapisan hidung atau sinus disebabkan radangan kronik. Polyps yang kecil tidak menyebabkan masalah tetapi yang besar akan menyekat peredaran udara melalui hidung dan susah untuk bernafas .
  • Resdung/Sinusitis: Hidung tersumbat yang berpanjangan boleh menyebabkan resdung/sinusitis – jangkitan atau radangan pada lapisan membran sinus. Pesakit mengalami sakit bahagian pipi, mata atau dahi, nafas berbau busuk dan lelehan bertukar warna kuning atau hijau. Resdung yang teruk boleh merebak ke bahagian mata dan otak dan boleh membawa maut.
  • Cecair ditelinga tengah. Pesakit akan mengalami masalah kurang pendengaran.

Rawatan

Penghindaran:

Cuba kenal pasti alahan anda dan cuba elakkan. Bersihkan kawasan berabuk atau kawasan yang selalu anda alami selsema seperti tempat menonton tv, kawasan bilik, tilam, cadar, bantal, karpet dan langsir. Kipas atau penghawa dingin perlu dibersihkan dari abuk. Elakkan binatang peliharan atau makanan yang menyebabkan selsema.

Perubatan (Medical)

  • Deman selsema/ rhinitis biasanya disebabkan oleh virus. Ia boleh di ubati dengan makan ubat demam (antipiritik). Antibiotik diberi untuk selsema disebabkan jangkitan bacteria.
  • Anti-histamines: Dapat memberi kelegaan kepada gejala yang sedikit dan sederhana.
  • Decongestants: Membantu mengurangkan gejala seperti hidung tersumbat.
  • Corticosteroids: Biasanya dalam bentuk semburan hidung dapat mengurangkan masalah hidung tersumbat akibat pembengkakan turbinate.

Pembedahan(Surgical)

Selsema disebabkan masalah turbinate bengkak, polyps hidung, adenoids bengkak dan penyimpangan septum boleh dibetulkan dengan pembedahan.

Pencegahan

  • Mengelak daripada alergen adalah rawatan yang paling baik dalam rhinitis alahan dan rinitis vasomotor.
  • Cuba elak daripada binatang kesayangan, permaidani dan tentukan rumah sentiasa tiada habuk.
  • Jangan merokok dan pilih kawasan yang bebas daripada asap. Mustahil dapat mengelakkan sepenuhnya dari kawasan penyebab alahan tetapi ia boleh mengurangkan daripada serangan baru rinitis.

Pemulihan

Tiada pemulihan kecuali pencegahan untuk alahan rhinitis, mengelak perubahan cuaca yang menyebabkan selsema dan mengambil makanan yang seimbang.

Semakan Akhir : 20 Jun 2014
Penulis : Dr. A. Khalek Abd Rahman
Penterjemah : Mt. Faridah Ahmad Sheik
Akreditor : Dr. Khairul Anuar Jamaluddin
Penyemak : Dr. Hj. Abd. Razak Hj. Ahmad

 

Related Article

Melioidosis

What is Melioidosis? Melioidosis, an infectious disease also known as

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,422,560

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia