A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Apa itu menopos?

  • Bermaksud tiada lagi mengalami kedatangan haid
  • Anda tidak boleh lagi mendapat zuriat
  • Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba, beransur-ansur atau tidak tetap

Bila menopos berlaku?

Menopos berlaku di kalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun.

Bolehkah menopos berlaku sebelum usia 40 tahun?

Ya, ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia dikenali sebagai menopos awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi. Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopos yang mungkin disebabkan oleh :

  • Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah ovari
  • Penyakit penyakit darah (autoimune) contoh Systemic lupus Erythromatosus, rheumatoid arthritis, Hypothyroidism atau Crohn’s disease
  • Penyakit keturunan, contoh,: Familial ovarian failure dan galactosaemia
  • Jangkitan viral
  • Kebanyakan sebab-sebab masih belum diketahui.

Apakah tanda-tanda menopos?

Tanda-tanda menopos terbahagi kepada:

  1. Gejala vasomotor
    • Panas dan kemerahan di muka
    • Berpeluh
    • Denyutan jantung yang laju
    • Serangan kegugupan (panik)
    • Susah tidur
  2. Gejala mental
    • Emosi yang berubah-ubah
    • Suasana perasaan yang berubah-ubah
    • Keletihan
    • Kurang daya ingatan
    • Mudah tersinggung
    • Kurang daya seks
  3. Gejala saluran kencing/Urogenital
    • Kekeringan faraj
    • Kerap kencing
    • Kencing tidak terkawal
  4. Penyakit tulang
    • Tulang menipis (osteoporosis)
    • Ketinggian badan mengurang
    • Kepatahan tulang
  5. Lain-lain gejala
    • Kulit menipis ( atrophy )
    • Kehilangan anjalan kulit
    • Kulit kering
    • Rambut bertambah gugur
    • Mudah mendapat ruam

Apa itu keadaan panas dan kemerahan di muka?

85% wanita yang menopos mengalami keadaan panas dan kemerahan di muka:

  • Kebiasaannya kepanasan mula dirasai dari kepala dan muka kemudian menular ke leher serta lain lain bahagian badan
  • Berakhir untuk tempoh 3 hingga 6 minit
  • Berserta dengan kelajuan denyutan jantung secara tiba-tiba, suhu kulit meningkat dan berpeluh-peluh
  • Boleh berlaku sekali dalam sebulan, sekali dalam seminggu atau beberapa kali dalam setiap jam.

Apakah komplikasi-komplikasi menopos?

  • Penyakit jantung
  • Osteoporosis ( Kemampatan tulang mengurang yang menyebabkan tulang menjadi rapuh )
  • Angin ahmar ( strok )

Adakah rawatan untuk tanda-tanda menopos

Tingkatkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan dengan berkesan gejala-gejala menopos yang tidak disenangi. Ini termasuk:

  • Makanan berkhasiat
  • Elakkan merokok
  • Selalu bersenam
  • Berfikir secara positif
  • Melakukan pemeriksaan Pap Smear
  • Melakukan pemeriksaan payu dara

Rawatan hormon gantian ( HRT ), boleh mengurangkan simptom menopos dengan berkesan terutama keadaan panas dan kemerahan di muka ( hot flushes ), kekeringan faraj, masalah kerap kencing, kencing tidak terkawal. Ini melibatkan pengambilan ubatan oestrogen sahaja atau oestrogen dan progestin. Hormon-hormon ini boleh didapati dalam bentuk:

  • Krim faraj
  • Menanam
  • Pil
  • Suntikan
  • Tampalan
  • Memasukan alat vaginal ring

Apakah yang perlu saya buat sebelum mengambil HRT?

Melakukan penilaian sebelum memulakan rawatan HRT, ini mungkin termasuk:

  • Pemeriksaan menyeluruh termasuk payudara dan pemeriksaan pelvis
  • Papanicolaou smear
  • Mammogram
  • Fasting lipid profile
  • Fasting glucose level
  • Liver function test

Bolehkah HRT menyebabkan barah payudara?

Risiko barah payudara bertambah jika mengambil HRT lebih dari 5 tahun

Apakah kesan sampingan HRT?

Kesan sampingannya termasuk:

  • Kesan sampingan ringan:
    • Payu dara sakit bila disentuh
    • Kekejangan
    • Membengkak
    • Murung
    • Loya dan muntah
    • Sakit kepala
    • Pendarahan dari faraj
  • Kesan sampingan berat:
    • Barah payu dara
    • Serangan sakit jantung
    • Angin ahmar (strok)
    • Barah rahim bagi pengambilan ubatan ubatan oestrogen yang banyak

Oleh sebab itu pesakit yang mengambil rawatan HRT perlu dipantau rapi oleh kakitangan kesihatan yang profesional untuk membolehkan mereka mendapat faedah yang maksima.

Bilakah HRT tidak sesuai digunakan?

HRT tidak sesuai digunakan:

  • Mengandung
  • Penyakit hati yang aktif
  • Disyaki barah payu dara atau rahim
  • Thrombophlebitis (pembekuan pembuluh darah)

Di mana untuk mendapatkan bantuan?

Minta bantuan dari klinik kesihatan yang berdekatan.

Bahan Rujukan

  • Better Health Channel Feb 2004 menopose
  • Better Health Channel Nov 2004 Premature menopose
  • Women’s Health Community Dec 2004 menopose
  • Family doctor org. Sept 2004 menopose; What to expect when your body is changing
Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Fuziah Paimin
Penyemak : Dr. Haris Njoo Suharjono

 

Related Article

Menopause

What is menopause? Menopause means the cessation of menstruation (period)

Dyspareunia

Apa dyspareunia? Bermaksud sakit yang dialami sebelum, semasa atau selepas

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 219,227,745

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia