A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Main Page
  4. /
  5. Penjagaan Pesakit Terlantar di...

Penjagaan Pesakit Terlantar di Katil (Bed Ridden)

Download:
altaltaltaltaltalt

Pesakit yang terlantar (Bed Ridden) memerlukan penjagaan dan pemerhatian yang khusus. Untuk mengelak daripada ruam atau kudis di bahagian belakang pesakit gunakan tilam khusus yang mempunyai permukaan berlekuk-lekuk (Ripple Matress)untuk memudahkan pengaliran udara di bahagian belakang pesakit .

  • Tanda-tanda awal pesakit mula di jangkiti ruam atau kudis tekanan ialah terdapat bintik-bintik kemerahan
  • Kulit belakang melecet/melepuh
    Kulit merekah
  • Sekiranya anda mendapati kulit belakang pesakit mempunyai tanda-tanda demikian jangan digaru kerana ianya boleh menyebabkan berlanjutan. Cadar dan sarung bantal pesakit perlulah ditukar setiap hari .
  • Pilih tilam yang mudah menyerap air atau tilam kekabu untuk member keselesaan kepada pesakit .

Bersihkan anggota badan pesakit setiap hari dengan menggunakan tuala yang direndam di dalam air suam. Perah tuala tersebut hingga tidak ada air yang menitik kemudian lapkan ke seluruh anggota badan pesakit terutama di tempat-tempat yang senang kuman membiak seperti di bawah ketiak, leher, bahagian alat sulit dan dubur dan juga di bahagian belakang pelipat lutut. Mandian akan membersihkan , menyegarkan dan memberi keselesaan kepada pesakit

Untuk menukar lampin letakkan pesakit dengan kedudukan mengiring ke sisi. Letakkan lampin di bawah dan kemudian alihkan pesakit mengiring ke sisi yang bertentangan untuk memudahkan anda memakai lampin kepada pesakit tersebut.

P
Pemantauan Paras Glukos (Gula) Dalam Darah

Pemeriksaan Mulut Sendiri

Pencegahan Sakit Jantung

Penjagaan Gigi Palsu

Penjagaan Kaki

Penyediaan Makanan Secara Selamat

Pengendalian Ubat-ubatan Yang Tidak Diperlukan

Penyimpanan Bahan Mentah

Penyusuan Ibu Boleh Dilakukan Walaupun Anda Kembali Bekerja

Pre-Menstrual Tension

Puberphonia Before Treatment

Puberphonia After Treatment

6 Panduan Penjagaan Pesakit Stroke di Rumah

Related Article

Asthma

What Is Asthma? Asthma is a chronic lung disease that

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,104,991

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia