Home > Main Page > Pemeriksaan Mulut Sendiri

Pemeriksaan Mulut Sendiri

Download:

Pemeriksaan mulut sendiri boleh membantu pengesanan awal kanser mulut, terutamanya di kalangan kumpulan berisiko yang menggunakan bahan-bahan tembakau seperti rokok, curut, shisha, sireh dan alkohol yang berlebihan.

Berikut adalah langkah – langkah untuk memeriksa mulut dengan sendiri

berdiri di hadapan cermin dan pastikan keadaan ruang yang terang. Ini membolehkan pemeriksaan yang lebih teliti.

Tarik bibir bawah dan perhatikan jika ada perubahan warna atau luka-luka. Kemudian gunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengesan bonjolan atau kelainan pada bibir. Ulangi prosedur ini untuk bibir atas dan sulkus atau lurah.

Tarik pipi menggunakan jari untuk mengesan sebarang bonjolan atau tempat yang sakit

Ulangi untuk pipi sebelahnya

Periksa juga gusi atas dan sulkus atau lurah kedua-dua pipi, ulangi untuk pipi sebelahnya

Keluarkan lidah dan lihat permukaan atasnya samada berlaku perubahan warna dan tekstur dengan perlahan pusingkan lidah ke kiri dan ke kanan dan lihat perubahan warna dan tekstur.

Periksa bawah lidah dan lantai mulut dengan mengangkat hujung lidah ke lelangit (palate)

Periksa lelangit mulut dengan mendongak kepala ke belakang dan buka mulut dengan luas

Perubahan-Perubahan yang Harus diberi Perhatian ialah:

  • Ulser yang tidak berasa sakit, tidak sembuh dalam masa 2 minggu dan mudah berdarah
  • Perubahan warna pada tisu mulut seperti tompok merah atau tompok putih
  • Bonjolan di dalam mulut, muka dan leher
  • Sukar mengunyah menelan atau membuka mulut
  • Mulut dan bibir terasa kebas dan sakit

Jika anda dapat perhatikan tanda-tanda ini sewaktu membuat pemeriksaan mulut sendiri, dapatkanlah nasihat doktor dengan segera.

G
Pemantauan Paras Glukos (Gula) Dalam Darah

Pencegahan Sakit Jantung

Penjagaan Gigi Palsu

Penjagaan Kaki

Penjagaan Pesakit Terlantar di Katil (Bed Ridden)

Penyediaan Makanan Secara Selamat

Pengendalian Ubat-ubatan Yang Tidak Diperlukan

Penyimpanan Bahan Mentah

Penyusuan Ibu Boleh Dilakukan Walaupun Anda Kembali Bekerja

Pre-Menstrual Tension

Puberphonia Before Treatment

Puberphonia After Treatment

6 Panduan Penjagaan Pesakit Stroke di Rumah