Home > Writer > Norzita bt. Mohamed

Norzita bt. Mohamed

Norzita

Norzita bt. Mohamed merupakan pegawai sains forensik di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Forensik.

Kerja-kerja beliau melibatkan membantu pakar perubatan forensik dan pegawai perubatan dalam kes-kes bedah siasat, fotografi, mengumpul spesimen bagi kes post mortem mediko legal, meteri botol spesimen toksikologi dan histopatologi dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Tugas-tugas pentadbiran seperti memantau aktiviti kakitangan di jabatan, menghadiri mesyuarat jabatan dan hospital, menganjurkan aktiviti kursus peringkat jabatan, memberi dan menghadiri CME perhimpunan pagi peringkat hospital.

Pengalaman kerja:

  1. Research Assisstant, Makmal Molekular, USM

 

Semakan Akhir : 24 Februari 2017