A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Main Page
  4. /
  5. Menyelamatkan Gigi Kekal Yang...

Menyelamatkan Gigi Kekal Yang Tercabut

 

Download:

Transkipsi

Sekiranya gigi anda tercabut dalam apa jua situasi, dan masih dalam keadaan baik anda boleh menyelamatkan gigi.

Jika gigi yang tercabut tidak tercemar, masukkan semula gigi yang tercabut ke tempat asalnya dengan segera dan terus berjumpa dengan doktor gigi secepat mungkin.
Sekiranya gigi itu tercemar, bersihkan gigi tersebut dengan air paip yang mengalir dan masukkan semula gigi ke soket gigi asal.

Jika ini tidak dapat dilakukan, Simpan gigi yang tercabut itu dalam bekas berisi susu segar (UHT) atau kemam di dalam mulut sendiri dan terus  berjumpa dengan doktor gigi
Penyembuhan gigi bergantung kepada kepantasan gigi dimasukkan semula ke dalam soket gigi dan quantiti ligamen periodontal yang masih melekat pada akar gigi.

Kajian menunjukkan bahawa sel-sel ligamen periodontal boleh   diselamatkan jika gigi yang tercabut disimpan dalam:

  • Air liur dalam jangkamasa 30 minit
  • Susu segar dalam jangkamasa 60 minit
  • Jangan sesekali menyentuh atau menggosok bahagian akar gigi
  • Jangan biarkan gigi yang tercabut menjadi kering
  • Jangan simpan di dalam air
  • Segeralah berjumpa doktor gigi untuk membuat rawatan susulan.

Bagi mengelakkan kecederaan gigi atau dari tercabut gunalah alat pelindung mulut apabila mengambil bahagian dalam sukan lasak seperti tinju, hoki, ragbi dan berbasikal.

M

Masalah Tingkah Laku Remaja

Memberus Gigi

Memfloss Gigi

Menangani Kemarahan

Mengelak Kecederaan Di Rumah

Menghargai Anak

Menyelamatkan Gigi Kekal Yang Tercabut

Menyimpan Makanan Siap di Masak Secara Selamat

Merancang Menu Sihat Berpandukan Piramid Malaysia

Merokok

Media Sosial: Gara – Gara Media Sosial

 

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,099,485

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia