A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Main Page
  4. /
  5. Masalah Tingkah Laku Remaja

Masalah Tingkah Laku Remaja

Download:

Masalah tingkah laku remaja merujuk kepada tingkah laku yang boleh mendatangkan masalah kepada keluarga dan masyarakat serta merupakan gangguan terhadap hak asasi manusia.

Ia meliputi:

  • Keganasan / agresif terhadap manusia dan haiwan
  • Merosakkan harta benda
  • Menipu dan mencuri
  • Menyalahi undang-undang atau dipanggil jenayah juvana

Keganasan adalah tindakan agresif yang boleh membawa kepada sesuatu tindakan diluar batasan terhadap orang lain atau haiwan seperti mencederakan atau memukul secara fizikal dan mental. Ia juga termasuk tindakan yang merosakan atau memusnahkan harta benda seseorang atau milik awam.

Keganasan dikalangan remaja sering kali dikaitkan dengan:

  • Kejadian buli
  • gangsterisma
  • Vandalisma

Buli melibatkan kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, memukul, memaki dan sebagainya.

Gangsterisma pula adalah keganasan yang dilakukan secara berkumpulan. Keadaan ini berlaku apabila kumpulan-kumpulan remaja nakal atau samseng membuat kacau dan menimbulkan pergaduhan sesama mereka bagi menunjukkan kekuatan masing-masing.

Vandalisma ialah aktiviti merosakan harta benda dan kemudahan awam seperti telefon awam, mesin ATM, perhentian bas, taman permainan serta harta benda sekolah seperti kerusi dan meja.

Salah satu faktor yang menyumbang ke arah masalah tingkah laku remaja adalah kesukaran mengawal kemarahan.

Remaja hendaklah tahu bagaimana mengawal perasaan marah. 3 cara yang boleh dilakukan iaitu:

  • Meluahkan perasaan marah,
  • Menahan perasaan marah, dan
  • Menenangkan diri

Bagaimana anda meluahkan perasaan marah?

Luahkan perasaan marah anda kepada mereka yang anda marah dengan tegas, yakin dan terkawal. Sekiranya anda tidak mampu berbuat demikian, luahkan perasaan anda kepada mereka yang anda percayai boleh membantu atau luahkan dalam bentuk tulisan, lukisan dan aktiviti konstruktif yang berfaedah.

Bagaimana anda menahan perasaan marah?

Elakkan dari memikirkan perkara yang berkaitan dan alihkan pemerhatian anda kepada perkara lain. Ini bertujuan untuk mengubahkan perasaan marah kepada sesuatu yang lebih membina.

Bahaya yang timbul akibat menahan kemarahan berpanjangan adalah risiko untuk mendapat penyakit seperti darah tinggi, sakit gastrik, sakit badan, tekanan mental atau kemurungan.

Bagaimana untuk menenangkan diri anda?

Anda boleh menenangkan diri dengan mengawal perilaku dalaman dan luaran seperti:

  • Tarik nafas panjang perlahan-lahan dan lepaskan
  • Perlahan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung dapat diturunkan
  • Senyum dan relakskan otot-otot anda
  • Kenal pasti pemikiran negatif yang tidak rasional dan alihkan kepada pemikiran positif yang membina
  • Kemudian, juruskan perhatian anda terhadap pemikiran yang positif
  • Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
  • Beralih dari persekitaran dan punca yang menyebabkan anda marah
  • Banyakan berzikir mengikut agama masing-masing

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mencegah daripada perasaan marah?

Kenali diri anda sendiri. Buat catatan pemantauan dalam buku mengenai bila dan bagaimana anda dilanda perasaan marah dan cara anda mengatasinya. Apabila anda telah mengenali diri anda, anda mampu melakukan perkara – perkara untuk mengurangkan perasaan marah.

Dari buku catatan, anda akan dapat mengetahui:

  • Situasi yang boleh menyebabkan anda berasa marah
  • Kategori orang yang boleh menyebabkan anda berasa marah
  • Cara yang paling berkesan untuk menangani perasaan marah
  • Anda boleh berlatih menangani kemarahan dengan kawan atau ahli keluarga supaya sentiasa bersedia mengatasi kemarahan apabila ia benar- benar berlaku
  • Kerap bersenam boleh mengurangkan kemungkinan anda mengalami perasaan marah kerana ia dapat melepaskan tekanan dan meningkatkan daya ketahanan diri.

Bagaimana menangani kemarahan orang lain?

  • Kenal pasti perasaan marah mereka.
  • Tenangkan diri anda.
  • Dengar dan jangan cepat mencelah.
  • Tinggalkan tempat tersebut jika anda rasakan keselamatan anda terancam.

Setiap orang mempunyai perasaan marah, ini adalah normal. Bagaimanapun kemarahan yang tidak terkawal boleh menjurus kepada keganasan. Ini boleh berlaku sekiranya remaja sering terdedah kepada persekitaran yang ganas seperti konflik keluarga, penderaan, pendedahan kepada permainan video atau tayangan yang berunsur ganas secara berterusan. Ditambah pula kurangnya pengetahuan, kemahiran dan bimbingan untuk mengatasi perasaan marah.

Kenal pasti diri anda dan kawallah kemarahan bagi mengelakkan keganasan.

“KEGANASAN AKAN MEROSAKKAN DIRI, KELUARGA DAN MASYARAKAT!”

M

Memberus Gigi

Memfloss Gigi

Menangani Kemarahan

Mengelak Kecederaan Di Rumah

Menghargai Anak

Menyelamatkan Gigi Kekal Yang Tercabut

Menyimpan Makanan Siap di Masak Secara Selamat

Merancang Menu Sihat Berpandukan Piramid Malaysia

Merokok

Media Sosial: Gara – Gara Media Sosial

 

Related Article

Contact Us

View Larger Map MyHEALTH welcomes your enquiries and feedback to

Denggi

Download: Transkipsi DENGGI Dalam tidak sedar, anda mengundangnya. Membenarkannya mengganggu

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 228,053,042

LAST UPDATE :
2024-07-25 16:00:38
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia