A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Kempen Go Green

Pengenalan

Pada masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan beg plastik telah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita. Sebagai contoh, setiap pembelian barang walaupun ianya sepeket gula-gula diberikan beg plastik oleh penjual. Namun begitu, penggunaan beg plastik yang berterusan akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar kerana komposisi kimianya seperti polyethylene menyukarkannya untuk reput dan terurai sendiri. Ini sekaligus menimbulkan implikasi buruk kepada kesihatan kita serta alam sekitar dalam jangka masa panjang.

Mahukah anda memandang selonggok sampah yang terisi di dalam beg plastik dibuang merata dan berada di situ selama puluhan tahun? Atau sanggupkah anda makan makanan yang tercemar dengan bahan kimia beg plastik, yang mungkin boleh menyebabkan anda mendapat kanser? Tentu jawapan anda adalah tidak!

Kempen go green

Sehubungan dengan itu, bagi mengatasi masalah yang disebabkan oleh penggunaan beg plastik ini, beberapa langkah telah diambil kerajaan serta pelbagai pihak yang sedar akan kepentingan untuk tidak menggunakan beg plastik. Antara langkah yang diambil adalah dengan menganjurkan kempen 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) serta kempen tanpa beg plastik yang telah pun dijalankan setiap Sabtu sejak 2010 di tempat-tempat membeli belah serta pasar raya.

Kempen-kempen yang dijalankan serba sedikit dapat membantu mengurangkan penggunaan beg plastik sekaligus dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar serta mempertingkatkan kesedaran pengguna terhadap kesan buruk penggunaan beg plastik.

Sejajar dengan langkah yang diambil kerajaan serta pihak berkuasa, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengambil inisiatif sama dengan menganjurkan Kempen Go Green – Ke Arah Bumi Hijau Tanpa Beg Plastik di farmasi.

Kempen ini mula berkuatkuasa pada Januari 2012 di seluruh fasiliti farmasi KKM. Dengan berlangsungnya kempen ini, pemberian beg plastik tidak lagi dilakukan sebaliknya pesakit digalakkan untuk membawa beg sendiri bagi mengisi ubat-ubatan mereka. Bagi mereka yang tidak membawa beg dan amat memerlukannya, alternatif kepada beg plastik akan disediakan seperti kotak ubat yang diguna semula, beg dari bahan kitar semula (recycled bag) atau beg kain (non-woven bag). Promosi giat dijalankan oleh setiap farmasi bagi memastikan setiap pesakit tahu akan kempen ini. Antara promosi yang dijalankan adalah dengan menggunakan risalah, poster, hebahan mulut atau melalui perasmian rasmi Go Green di fasiliti masing-masing.

        

Selain dapat daripada mengurangkan pencemaran alam sekitar dan menjamin persekitaran yang sihat, Kempen Go Green juga dapat membantu dalam mengurangkan perbelanjaan bagi membeli beg plastik untuk kegunaan di institusi farmasi. Ini kerana pada tahun 2010 sahaja, sekurang-kurangnya RM 1 juta telah dibelanjakan untuk membeli beg plastik. Selain daripada itu, beg guna semula yang ada dibekalkan adalah mesra alam, lebih tahan lama dan boleh digunapakai berulang kali.

Oleh yang demikian, Kempen Go Green ini amat wajar dilaksanakan bukan sahaja di peringkat farmasi, malahan diamalkan secara menyeluruh di Malaysia. Kempen sebegini memerlukan sokongan dari semua terutamanya para pesakit. Ini bagi memastikan kempen ini berjalan dengan jayanya serta dapat menghasilkan impak positif terhadap pemuliharaan alam sekitar, selaras dengan matlamat kerajaan Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara dan kesihatan rakyat.

Rujukan

  1. Kempen Go Green- Ke Arah Bumi Hijau Tanpa Beg Plastik Guideline. 2011. Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Kitar Semula- Say No To Plastic Bags. Ogos 2012. Official Blog of Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia http://smp.townplan.gov.my/blog/?p=4533
  3. Kempen Go Green: Bumi Hijau Tanpa Beg Plastik. Februari 2012. Web rasmi Hospital Kuala Penyu, Sabah
  4. Pharmacy Department, Selayang Hospital.

Semakan Akhir : 15 November 2013
Penulis : Umi Kalthum bt. Mohd Isa

 

 

Related Article

Medicines: Before / After Food?

Medicines are chemicals used to treat or prevent diseases. Certain disorders or health problems can also be controlled with medicines. There are various delivery routes of medicines; taken orally, applied as local application, as injection, inhaled or administered into body orifices.

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 222,217,184

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia