Home > Galeri Media EN > Animation > Implan Gigi

Implan Gigi

Download:

 

Implan merupakan rawatan alternatif untuk mengganti gigi yang hilang.

Prosedur ini memerlukan pembedahan kecil untuk menyelak gusi bagi mendedahkan sedikit tulang rahang.

Tulang rahang yang telah didedahkan kemudianya digerudi untuk ditanam implan kedalamnya.

*Implan atau fikstur ini diperbuat daripada titanium yang berbetuk skru, untuk menggantikan akar gigi yang telah hilang. Satu atau mungkin lebih fikstur dimasukkan ke dalam tulang rahang. Lubang skru dalam fikstur kemudiannya ditutup dengan healing cap dan gusi kemudianya dijahit untuk sembuh.

Setelah 3 ke 6 bulan, fikstur tersebut menjadi teguh

Setelah sembuh, healing cap akan dikeluarkan untuk membenarkan abutmen diskru ke dalam lubang fikstur.

Fungsi abutment adalah untuk membawa korona dan menghubungkan korona kepada fikstur.

Korona yang diperbuat daripada aloi dan porselin kemudiannya disimen keatas abutmen. Proses perletakan korona dilakukan dalam masa dua hingga tiga bulan selepas pembedahan perletakan implan.

Implan boleh bertahan lama selagi kita menjaganya seperti mana penjagaan gigi biasa. Korona atas implan boleh ditukar ganti jika perlu. Plak tidak mudah melekat kerana permukaan korona diperbuat daripada porselin yang licin.

I

 

(Visited 164 times, 1 visits today)