A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Imej Diri

Download:

Skop imej diri bukan hanya tertumpu pada penampilan yang elok sahaja tetapi juga perlu menitik-beratkan aspek-aspek lain yang sama pentingnya seperti budi pekerti, sikap, kelakuan, adab dan budaya.

Setiap remaja yang meningkat dewasa biasanya inginkan penampilan dan rupa paras yang menarik.

Remaja memang suka mendapatkan perhatian dari rakan-rakan atau orang lain.

Kebanyakan remaja lelaki ingin kelihatan “macho” manakala remaja perempuan pula inginkan tubuh yang ramping dan seksi.

Remaja kini peka terhadap perubahan dan pembaharuan yang berlaku di sekililing. Dan mereka ingin meniru khususnya dari aspek penampilan, gaya dan fesyen terkini.

Masalah Penampilan dan rupa paras

Apabila meningkat dewasa, tanpa sedar atau pun tidak setiap remaja akan mengalami perubahan pada diri. Contohnya, badan menjadi gemuk, punggung menjadi lebar dan muka penuh jerawat.

Apabila remaja tidak begitu gembira dengan rupa paras dan susuk tubuh mereka, ini akan menjadi masalah kepada imej diri mereka.

Masalah imej diri boleh menyebabkan gangguan mental dan pemakanan seperti anoreksia dan bulimia.

Anoreksia adalah masalah dimana remaja tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk. Mereka sentiasa merasakan diri mereka gemuk dan tidak cukup kurus walaupun pada hakikatnya mereka memang kurang berat badan.

Bagi mereka yang mengalami masalah anoreksia, lazimnya mereka berasa takut untuk makan, sentiasa berdiet, berpuasa dan melakukan senaman secara berlebihan.

Bulimia pula adalah tabiat mengambil makanan dengan banyak dan kemudian memuntahkannya semula. Ini adalah salah satu cara bagi mereka menurunkan berat badan. Oleh itu, berat badan mereka selalu berubah secara drastik.

Terdapat juga segolongan remaja sentiasa muram dan risau kerana tidak berpuas hati dengan rupa paras dan bentuk badan masing-masing contohnya hidung yang tidak mancung, mata sepet, muka berjerawat, payudara terlalu kecil, badan tidak sasa, rambut yang tidak cantik dan sebagainya.

Ini menyebabkan mereka tidak berpuas hati sehingga ingin mengambil langkah untuk menukar atau membuat perubahan pada imej diri tanpa berfikir panjang seperti menindik pada bahagian-bahagian badan, menggunakan bahan kimia atau melakukan pembedahan kosmetik.

Akibat dan komplikasi

Remaja yang mempunyai masalah imej diri boleh mengakibatkan masalah dari aspek kesihatan fizikal,mental, pemakanan dan sosial.

Dari aspek fizikal dan pemakanan, ia boleh mengakibatkan kekurangan zat makanan, ketidak seimbangan elektrolit badan, gangguan degupan jantung, kegagalan buah pinggang dan sebagainya yang boleh membawa maut. Manakala bertindik dan juga tatu yang tidak bersih boleh mengakibatkan jangkitan kuman seperti hepatitis.

Dari aspek mental mereka boleh mendapat tekanan mental, resah gelisah, kemurungan dan bunuh diri.

Dari aspek sosial, mereka kurang keyakinan, menyendiri yang boleh mengganggu persekolahan dan pergaulan sosial diantara keluarga dan masyarakat.

Penyelesaian

Remaja hendaklah mengenal pasti kelebihan dan kekurang masing-masing. Kekurangan itu hendaklah diatasi manakala kelebihan hendaklah digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan keyakinan diri.

Sekiranya remaja mempunyai sebarang masalah imej diri, dapatkan nasihat dan rawatan di klinik-klinik kesihatan berdekatan.

Disamping itu, perkasakan diri anda dengan pengetahuan, kemahiran serta nilai-nilai murni supaya anda disukai bukan sahaja dari aspek luaran tetapi juga dari aspek dalaman.

Bagi remaja yang mempunyai masalah imej diri, bersyukur dan terimalah diri seadanya. Yakinlah anda adalah unik dan istimewa. Setiap individu adalah berbeza dan mempunyai keistimewaan tersendiri.

I

Insulin – Pengambilan Dos yang Betul

Iklan Portal MyHEALTH

 

Related Article

Senaman

Download: Remaja bebas melakukan senaman asalkan tidak menjejaskan kesihatan atau

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,422,352

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia