Transkipsi V/o Kerana ia boleh menjadi kronik dan menyebabkan sirhosis dan kanser hati. Hepatitis ini berpunca dari jangkitan virus Hepatitis B (HBV) dan C yang menyerang dan menyebabkan sel organ hati menjadi bengkak. Tanda-tanda seseorang terkena jangkitan ini ialah: – Selalu merasa mual dan muntah Kesan daripada jangkitan virus ini mengakibatkan kulit akan kelihatan kekuningan, kencing berwarna teh pekat, perubahan warna pada najis dan rasa sakit pada sebelah kanan abdomen berpunca dari hati yang mula membengkak. Oleh itu orang ramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati untuk mengawal dari virus ini dari merebak. Antaranya :
Pencegahan boleh dilakukan dengan mendapatkan imunisasi hepatitis B. Selain itu saringan untuk hepatitis B dan C perlu di lakukan jika ada ahli keluarga yang dijangkiti virus ini. Berbanding dengan hepatitis b, hepatitis c pula lebih berisiko untuk menjadi kronik Virus hepatitis C boleh merosakan organ hati dan boleh berkembang menjadi sirosis (pengerasan hati) dan sehingga kini belum ditemui lagi vaksin yang boleh mencegah nya. Langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan ialah dengan cara : Tidak berkongsi barang orang lain seperti ketip kuku, berus gigi, pisau cukur dan sebagainya kerana ini boleh menyebabkan luka di mana virus boleh menular Tidak melakukan hubungan seks secara rambang dan bertukar-tukar pasangan terutama kumpulan yang berisiko tinggi. Jika ada titisan darah, perlulah segera dibersihkan. Penggunaan agen peluntur dapat membersihkannya. Pesakit adalah diingatkan supaya tidak menderma darah kerana ia boleh menyebabkan jangkitan virus kepada penerima darah |
|
---|