A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Hepatitis A

 

Download:

Transkipsi

V/o
Ingin makan di luar ?

Carilah kedai yang menjaga kebersihan dari peralatan hingga ke makanan yang disediakan, termasuk pengendali makanan dan pelayannya.

Jika tidak, makanan dan minuman yang tercemar boleh meningkatkan risiko dijangkiti  penyakit hepatitis A.

Virus hepatitis A mengakibatkan radang hati dan boleh menjejaskan fungsinya

Misalnya makanan laut bercengkerang yang tercemar dan tidak dimasak dengan sempurna seperti lala, kerang, tiram dan sebagainya boleh menyebabkan seseorang itu dijangkiti hepatitis A

Selain itu penyediaan sayur-sayuran, buah-buahan, air minuman dan ais yang tidak bersih boleh menyebarkan virus hepatitis A.

Aspek kebersihan harus dititik beratkan dalam mengendalikan makanan bagi mengawal penyakit hepatitis A.

Kebersihan samada di luar atau di dalam premis makanan itu perlu diperhatikan.

Ini termasuklah peralatan seperti kerusi, meja, sudu, pinggan hendaklah sentiasa bersih.

Pastikan juga pengendali menyediakan makanan menggunakan peralatan yang bersih dan di persekitaran yang selamat.

Biasanya  virus ini menular dalam badan selepas 6 minggu.

Seseorang itu mengalami tanda dan gejala penyakit hepatitis A seperti kekuningan, keletihan, hilang selera makan, muntah-muntah, pening, kencing yang berwarna teh pekat dan demam berterusan untuk beberapa hari.

Pesakit perlu banyak berehat dan mengelakkan dari meminum minuman keras.

Kebanyakan yang mengidap hepatitis A ini akan sembuh dengan sendiri setelah beberapa minggu.

Penyakit hepatitis A ini memang cepat berjangkit tetapi tidak pula membawa maut.

H
Hepatitis A
Hepatitis B dan C

 

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 219,225,297

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia