A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Pengenalan

Penggunaan produk ginseng sering dipaparkan dalam iklan media, keratan suratkhabar dan majalah kesihatan. Ginseng merupakan herba yang popular dalam perubatan tradisional orang cina.

Awalnya, ginseng banyak digunakan dalam masakan. Ramai yang menggunakan akar ginseng bersama dengan daging ayam semasa membuat sup untuk penjagaan kesihatan.

Kaum Cina telah mula menggunakan ginseng sebagai ubat sejak 5000 tahun yang lalu. Nama “ginseng” diambil dari bahasa Inggeris yang mengikuti lafal penulisannya dalam bahasa Kantonis, iaitu jen shen dan dalam bahasa Mandarin sebagai ren shen yang bererti “akar manusia”. Ini disebabkan bentuk yang bercabang dari akar ginseng menyerupai kaki manusia. Kemudian, ginseng diberikan nama Latin atau saintifik yang berbunyi Panax. Panax dalam bahasa Latin bermakna penyembuh sempurna bagi semua penyakit. Ginseng mudah dikenali melalui rangkaian akar-akar yang panjang dan berwarna kuning kepucatan.

Anatomi

Gambarajah di bawah menunjukkan anatomi pokok ginseng.

Ginseng adalah tanaman bertinggi sekitar 60cm yang tumbuh di pegunungan sejuk Asia Timur. Selain itu, ginseng juga banyak ditanam di Korea, Siberia, Manchuria dan Amerika Syarikat. Ginseng adalah tanaman yang tumbuh dengan lambat di mana tingginya tidak lebih dari 10 hingga 20 cm setelah bertahun-tahun. Oleh kerana pertumbuhannya yang lambat dan kawasan penanaman yang juga terhad,maka harga ginseng sangat mahal. Semakin bermanfaat, semakin tua umur akar ginseng. Bahagian ginseng yang dipercayai memberikan manfaat kesihatan ialah akarnya.

Spesies Ginseng Yang Dipercayai Mempunyai Manfaat Kesihatan

Terdapat tiga jenis ginseng yang biasa digunakan iaitu:

  • Asian atau Panax ginseng (Panax ginseng)
  • American ginseng (Panax quinquifolius)
  • Siberian ginseng (Eleutherococcus senticosus)

Asian ginseng adalah yang paling terkenal, disusuli dengan American ginseng. Asian ginseng akan diproses untuk membentuk ginseng Korea / ginseng merah. Jadi, ginseng Korea masih berasal daripada Panax ginseng.

Terdapat sedikit perbezaan di antara Asian ginseng dengan American ginseng. Asian ginseng digunakan secara tradisional untuk merawat simptom sejuk seperti nadi lemah, sesak nafas, keletihan dan anggota badan sejuk.

American ginseng pula digunakan untuk menghilangkan simptom panas. American adalah sesuai diambil oleh pengguna yang berada dalam keadaan stress, panas dan dahaga serta ahli sukan.

Siberian ginseng (Eleutherococcus senticosus) juga merupakan sejenis ginseng tetapi tidak tergolong dalam genus Panax. Perbezaan di antara Siberian ginseng dengan Panax ginseng adalah dari segi bahan aktifnya dan tekstur akarnya. Bahan aktif bagi Panax ginseng ialah ginsenosides manakala Siberian ginseng ialah eleutherosides. Akar Panax ginseng adalah berisi manakala akar Siberian ginseng adalah berkayu.

Berikut merupakan gambarajah beberapa jenis ginseng yang berlainan spesies:

  • Asian atau Panax Ginseng
  • American ginseng
  • Siberian ginseng

Dos Penggunaan

Mengambil dos seperti yang disyorkan oleh pengamal atau yang tertera pada label produk berdaftar.

Indikasi / Kegunaan

Secara umumnya, akar tanaman ini dipercayai turun-temurun dapat memperbaiki aliran darah dan meningkatkan produksi sel darah merah serta membantu pemulihan dari penyakit.

Selain itu, ginseng juga dipercayai mempunyai kegunaan dalam perubatan moden seperti di bawah:-

  • Ginseng mengandungi adaptogen. Adaptogen adalah zat yang meningkatkan daya tahan tubuh terhadap mental (stres) dan fizikal.
  • Mengurangkan paras gula darah
  • Mengurangkan paras kolesterol
  • Meningkatkan stamina

Walau bagaimana pun, kajian klinikal perlu dijalankan untuk menyokong penggunaan untuk indikasi ini.

Jenis Indikasi Yang Didaftarkan Untuk Produk Ginseng Produk ginseng dalam bentuk dosej farmaseutikal yang mengandungi indikasi kesihatan perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Nombor pendaftaran produk ginseng biasanya berakhir dengan huruf “T” iaitu Tradisional (Contohnya: MALxxxxxxxxT). Indikasi tradisional yang biasa didaftarkan untuk produk ginseng adalah seperti berikut:-

  • Menguatkan badan
  • Menambahkan tenaga
  • Mengurangkan kepenatan semasa aktiviti fizikal
  • Penjagaan kesihatan umum

Oleh kerana ginseng dipercayai mempunyai banyak kegunaan dalam perubatan tradisional, maka ia boleh didapati dalam bentuk cecair pekat, kapsul, tablet dan serbuk.

Produk ginseng yang digunakan untuk kegunaan kosmetik juga perlu dinotifikasikan dengan Bahagian Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan akan diberikan nombor NOTxxxxxxxxxK.

Kesan Sampingan

Kesan sampingan yang biasa dialami adalah seperti berikut:-

  • sakit kepala
  • muntah
  • cirit-birit
  • insomnia (susah tidur)
  • alahan (alergi)

Sila rujuk kepada ahli farmasi/ doktor sebelum mengambil produk ini. (Please consult your pharmacist / doctor before taking this product).

Langkah Berjaga-Jaga / Amaran Penggunaan

  • Keselamatan penggambilan ginseng oleh ibu yang menyusukan anak dan kanak-kanak adalah tidak terjamin (Safe use in lactating women and children has not been established)
  • Dilarang bagi wanita mengandung(Contraindicated in pregnant women)
  • Jangan melebihi dos pengambilan yang ditetapkan (Do not exceed the stated dose)
  • Keselamatan pengambilan ginseng untuk jangka masa yang lama adalah tidak terbukti (Safety on long term use has not been established)

Jenis Bentuk Dosej Yang Terdapat Di Pasaran

Tablet

Kapsul

Krim (Kosmetik)

 

Serbuk

Minuman

Makanan

 

 

Semakan Akhir : 02 September 2013
Penulis : Karen Wong Yoke Sim
Akreditor : Datin Shantini Thevanderan

 

Related Article

Adulteration in traditional medicine products

Traditional medicine as defined under the Control of Drugs and Cosmetics Regulations 1984 refers to any product used in the practice of indigenous medicine in which the drug consist solely of one or more naturally occurring substances of a plant, animal or mineral, of parts thereof, in the un-extracted or crude extract form, and a homeopathic medicine.

Ginseng

Introduction/Name The use of ginseng products are often featured in

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,377,979

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia