A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Writer
  4. /
  5. Dr. Wan Fadhilah bt....

Dr. Wan Fadhilah bt. Wan Ismail

alt

Dr Wan Fadhilah Bt. Wan Ismail mempunyai pengalaman kerja selama 23 tahun dan merupakan Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Pesakit Luar Johor Bahru.

Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti Malaya pada tahun 1988 dengan memperoleh MBBS. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh Master in Medicine (Family Medicine) pada tahun 1997. Beliau telah menjalani latihan sub-kepakaran dalam bidang Sexual and Reproductive Health Care di University of Warwick United Kingdom dan memperoleh Master of Science in Sexual and Reproductive Health Care (Community Gynaecology) pada tahun 2008.

Kerja-kerja beliau melibatkan tugas-tugas klinikal di klinik kesihatan primer termasuk mengendalikan penyakit-penyakit kronik, penyakit berjangkit seperti tuberculosis, HIV/AIDS dan penyakit kelamin. Beliau mempunyai kepakaran pengkhususan (Area of interests) dalam bidang Kesihatan Remaja serta Kesihatan Seksual dan Reproduktif.

Selain daripada tugas-tugas klinikal beliau juga terlibat dalam aktiviti/program organisasi bukan kerajaan. Beliau adalah Pengerusi Pacific Youth Outreach Society yang menjalankan program intervensi awal mengurangkan risiko di kalangan remaja yang berisiko tinggi di Negeri Johor. Beliau juga terlibat dengan Mercy Malaysia dalam program domestic outreach di Negeri Johor serta merupakan ahli Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia (MAAH).

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 222,240,347

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia