A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Writer
  4. /
  5. Dr. Suriani bt. Sukeri

Dr. Suriani bt. Sukeri

alt

Dr. Suriani bt. Sukeri merupakan Pakar Pergigian Pediatrik di Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.

Beliau telah memperolehi ijazah asas DDS (Doctor of Dental Surgery) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2002. Seterusnya  beliau melanjutkan pelajaran ke University of Leeds, United Kingdom  dan memperolehi Master in Dental Science (Paediatric Dentistry) pada tahun 2010. Beliau turut memperolehi ijazah MPaedDent daripada Royal College of Surgeon, London pada tahun yang sama.

Beliau memulakan tugas pada 2002 di Hospital Taiping dan kemudian memberikan perkhidmatan selama beberapa tahun di Hospital Kuala Lumpur mulai 2003. Sekembali dari melanjutkan pelajaran pada tahun 2010, beliau ditugaskan ke Sabah selama 3 tahun dan memberi perkhidmatan di Hospital Queen Elizabeth I dan juga Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas. Kini beliau kembali bertugas di Hospital Kuala Lumpur.

Kerja-kerja beliau melibatkan memberi rawatan kepada pesakit-pesakit berumur 16 tahun ke bawah dengan masalah perubatan dan masalah pergigian yang tertentu. Ini termasuklah pesakit dengan kompromi perubatan dan pesakit dengan kelainan upaya berbentuk fizikal dan mental. Antara kes-kes yang dirujuk kepada pakar pergigian kanak-kanak termasuklah kes karies rampan yang memerlukan pelbagai bentuk intervensi seperti ubah suai diet, penambah baikan teknik penjagaan gigi serta rawatan pergigian. Jabatan Pergigian Pediatrik juga memberikan rawatan seperti sedasi, dan rawatan di bawah bius umum bagi yang memerlukannya.

Semakan Akhir : 10 Oktober 2014

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,417,176

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia