A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Writer
  4. /
  5. Dr. Hartinie bt. Muhamad

Dr. Hartinie bt. Muhamad

alt

Dr. Hartinie bt. Muhamad merupakan Pakar Patologi & Perubatan Mulut di Klinik Pergigian Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1995 dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian . Seterusnya pada tahun 2005, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dalam bidang Patologi Mulut dan Perubatan Mulut dan berjaya memperoleh sijil Master of Clinical Dentistry (Oral Pathology and Oral Medicine) pada tahun 2009.

Pada tahun 2010, beliau memulakan tugas sebagai seorang pakar pergigian dalam bidang berkenaan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan. Kerja-kerja beliau merangkumi perawatan pesakit-pesakit dewasa dan kanak-kanak yang dirujuk ke klinik Perubatan Mulut, Jabatan Pembedahan Mulut dan Maksilofasial. Kes-kes rujukan terdiri daripada kes-kes Penyakit Mukosa Mulut, Lesi Prekanser Mulut, Ulser Mulut yang berulang, kondisi ulser mulut yang lain, Infeksi Mukosa Mulut oleh Virus, Fungi dan Bakteria, Manifestasi Penyakit Sistemik di Mulut, Kegagalan fungsi Kelenjar Liur, Kesakitan di bahagian muka seperti Neuralgia dan gangguan fungsi sendi Temporomandibular, Penyakit berkaitan saraf muka serta pesakit yang akan,sedang dan sudah menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi.

Selain dari merawat pesakit, sebagai pakar patologi mulut, beliau juga menerima spesimen patologi mulut untuk pemeriksaan histopatologi di bawah mikroskop dan seterusnya menyediakan laporan histopatologi.

Pengalaman Kerja:

  1. Pegawai Pergigian  di Klinik Pergigian Pakar , Hospital Seremban  (1995 -1996)
  2. Pegawai Pergigian  di Klinik Pergigian Pakar Hospital Melaka (1996 – 1997)        
  3. Pegawai Pergigian  di Klinik Pergigian Tun Sri Lanang,Melaka Tengah (1997  -2000)
  4. Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor (2000 – 2003)
  5. Pegawai Pergigian  di Klinik Pergigian Salak Tinggi, Sepang, Selangor (2003 – 2005)
  6. Pegawai Pergigian  di Universiti Malaya Kuala Lumpur  (Master Of Clinical Dentistry) (2005 – 2009)
  7. Pakar Pergigian Klinikal di Pusat Penyelidikan Perubatan (IMR) – Clinical Dental Specialist Gazattement  (Oral Pathology And Oral Medicine) (2009)
  8. Pakar Pergigian Klinikal di Klinik Pergigian Pakar Bedah Mulut, Hospital Kuala Lumpur – Clinical Dental Specialist Gazattement (Oral Pathology And Oral Medicine) (2009)
  9. Pakar Pergigian di Klinik Pergigian Pakar Bedah Mulut, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan (2010 Hingga Sekarang)

Sumbangan di dalam Portal MyHEALTH

  1. Menulis isi kandungan – Burning Mouth Syndrome

 

Semakan Akhir : 6 November 2013

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 222,183,301

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia