A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Main Page
  4. /
  5. Cara Mandikan Bayi

Cara Mandikan Bayi

Download:
altaltaltaltaltalt

Sebelum memandikan bayi, isikan air suam dalam bekas mandian. Periksa suhu kehangatan air tersebut dengan menggunakan siku. Jangan sesekali menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu badan bayi menurun atau hipotermia.

Ini adalah kerana daya ketahanan bayi tidak kuat dan masih lemah. Jika dimandikan dengan air sejuk, ia akan membuatkan bayi terkejut, badannya menjadi biru dan juga berisiko mendapat penyakit sawan.

Selain menggunakan air suam, ibu bapa juga disaran supaya tidak memasang kipas dan membuka tingkap supaya bayi tidak berasa sejuk.

Waktu yang paling sesuai untuk memandikan bayi pula, sekitar pukul 10 pagi dan pukul 5 petang. Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel. Sebaik-baiknya bedung bayi menggunakan napkin atau kain khas supaya bayi tidak berasa sejuk.

Langkah pertama yang perlu dilakukan semasa memandikan bayi ialah cuci muka bayi menggunakan kapas atau kain bersih yang telah dicelupkan dalam air suam. Lap di bahagian mata terlebih dahulu.

Kedua, bersihkan kepala bayi. Kepit telinga bayi supaya tidak dimasuki air. Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala bayi dengan lembut.

Ketiga siram bayi sedikit demi sedikit. Gosok badan bayi dengan menggunakan sabun mandian bayi. Pastikan anda bersihkan dibahagian lipatan seperti leher, ketiak, paha, kaki dan punggung.

Kemudian bilas bayi dengan air suam bersih dan lap badan bayi sehingga kering.

Setelah itu, sapukan bayi dengan losen, bedak dan pakaikan baju.

Ibu digalakkan menyusukan bayi selepas proses mandian kerana bayi akan berasa lapar.

Proses mandian bayi perlu dilakukan dengan cara yang betul dan selamat. Ia bagi mengelakkan bayi mengalami kecederaan yang tidak diingini seperti telinga dan hidung dimasuki air atau kulit bayi melecur.

C

Cara Memastikan Ketulenan Label Hologram Meditag

Cara Mengawal Stres

Cara Menjaga Kebersihan Mulut Bagi Pemakai Pendakap

Cara Penyimpanan Ubat Yang Betul

Cara Untuk Bangun Selepas Jatuh

Childproof Container

 

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,425,787

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia