A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. PRIME YEARS
  4. /
  5. Disease
  6. /
  7. Bakteria vs Virus

Bakteria vs Virus

 

Pengenalan

Bakteria dan virus adalah antara mikroorganisma penting dalam perubatan. Bakteria dan virus tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Terdapat bakteria yang berguna dan berbahaya, tetapi kebanyakkan virus adalah berbahaya kepada manusia.

Apakah itu bakteria?   

Bakteria adalah mikroorganisma bersel tunggal dan dijumpai di mana-mana, termasuk tubuh badan manusia. Bakteria boleh dilihat dengan mikroskop cahaya dan berupaya untuk berganda secara sendiri.

Gambar 2: Bakteria

 

Apakah jangkitan bakteria?     

Jangkitan bakteria adalah jangkitan disebabkan oleh bakteria. Bakteria penyebab penyakit disebut bakteria patogenik. Bakteria menyebabkan jangkitan melalui :

  1. Saluran pernafasan; Bordetella pertussis

  2. Luka terbuka ; Escherichia coli

  3. Sentuhan lansung dengan haiwan terjangkit ; Bacillus anthracis

  4. Pengambilan makananan yang tercemar ; Brucella abortus

Bakteria juga tersebar melalui hubungan seks (Treponema pallidium) dan daripada ibu kepada anaknya semasa kelahiran (Neisseria gonorrhoeae)

Apakah simptom jangkitan bakteria?  

Kebiasaannya, simptom jangkitan bakteria tertumpu pada satu bahagian tertentu dalam badan. Simptom jangkitan adalah:

  1. Kemerahan

  2. Bengkak

  3. Sakit

  4. Sakit tekak

  5. Demam

  6. Sakit kepala

Apakah penyakit yang disebabkan oleh bakteria?       

Bakteria menyerang tubuh badan dan melemahkan sistem imun. Penyakit disebabkan bakteria adalah seperti berikut :

  1. Batuk kokol ( Bordetella pertussis)

  2. Jangkitan saluran kencing ( Escherichia coli )

  3. Ulser ( Helicobacter pylori )

  4. Leptospirosis ( Leptospira interrogans )

  5. Batuk kering ( Mycobacterium tuberculosis )

  6. Demam kepialu ( Salmonella typhi )

Bagaimana mengesan jangkitan bakteria?      

Jangkitan bakteria dikesan dengan pemeriksaan mikroskopik, pewarnaan, pengkulturan dan pemencilan bakteria daripada spesimen. Spesimen yang digunakan adalah seperti berikut :

  1. Kahak untuk jangkitan salur pernafasan

  2. Nanah dan wound swab untuk jangkitan pada luka

  3. Darah untuk jangkitan aliran darah

  4. Najis bagi masalah cirit – birit

  5. Bendalir cerebrospinal  untuk penyakit meningitis

  6. Air kencing untuk jangkitan saluran kencing

Semua spesimen akan diperiksa untuk mengesan kehadiran bakteria

Bagaimana mencegah dan merawat jangkitan bakteria?          

Jangkitan bakteria biasanya dirawat dengan antibiotik. Antibiotik boleh membunuh atau mencegah pertumbuhan bakteria. Pencegahan jangkitan bakteria termasuklah;

  1. Amalan gaya hidup yang sihat

  2. Elakkan pengambilan makanan dan minuman tercemar

  3. Selalu mencuci tangan dengan bersih

  4. Pengendalian makanan yang bersih

  5. Hubungan seks yang selamat

Apakah itu virus?

Virus adalah agen jangkitan paling kecil. Virus hanya boleh dilihat dengan mikroskop elektron. Virus hanya bereplikasi dalam sel hidup dan berupaya menjangkiti tumbuhan, haiwan,bakteria dan manusia.

Gambar 1 : Virus

Apakah itu jangkitan virus?

Jangkitan virus adalah jangkitan disebabkan oleh virus. Virus biasanya menjangkiti manusia  melalui:

  1. Saluran pernafasan ;virus  influenza, virus measles

  2. Mulut atau saluran usus ; virus herpes simplex

  3. Luka pada kulit ; HIV, virus hepatitis C

  4. Gigitan serangga terjangkit ; virus dengue oleh nyamuk

  5. Gigitan haiwan terjangkit; virus rabies oleh anjing

Virus juga disebarkan melalui hubungan seks (herpesviruses) dan daripada seorang ibu kepada anak yang dikandungnya (cytomegalovirus).

Apakah simptom jangkitan virus?

Kebanyakan simptom jangkitan virus adalah sama, dan bergantung kepada jenis virus yang dijangkiti. Simptomnya adalah :

  1. Hidung berair

  2. Sinus

  3. Batuk

  4. Sakit tekak

  5. Ruam

  6. Sakit

  7. Demam

Apakah penyakit yang disebabkan oleh virus?

Virus berbeza menyebabkan penyakit yang berlainan. Sesetengah penyakit disebabkan virus ialah seperti berikut :

  1. Penyakit tangan, kaki dan mulut ( virus coxsackie )

  2. Penyakit hepatitis kronik ( virus hepatitis B )

  3. AIDS ( human immunodeficiency virus )

  4. Cacar air ( varicella-zoster virus  )

  5. Beguk ( mumps virus )

  6. Ketuat ( human wart virus )

Bagaimana mengesan jangkitan virus?

Jangkitan virus dikesan dengan pelbagai kaedah dan spesimen, bergantung kepada kawasan jangkitan dan jenis virus yang disyaki. Antara spesimen untuk mengesan jangkitan virus adalah seperti berikut:

  1. Kahak, throat and nasal swab untuk jangkitan salur   pernafasan

  2. Conjunctival swab untuk jangkitan mata

  3. Air kencing untuk jangkitan saluran air kencing

  4. Darah,air kencing dan genital swab untuk penyakit jangkitan kelamin

  5. Najis and swab rektum untuk jangkitan saluran gastrointestinal

  6. Coretan kulit, bendalir daripada vesikel dan darah untuk jangkitan kulit

Kaedah yang digunakan termasuk teknik PCR, pengkulturan dan mikroskop elektron dalam mengesan antibodi , antigen atau partikel virus.

Bagaimana mencegah dan merawat jangkitan virus?  

Tiada rawatan khusus untuk jangkitan virus.Virus dirawat dengan antiviral dan dicegah dengan vaksin. Antiviral hanya bertindak merawat simptom jangkitan dan meningkatkan sistem keimunan badan supaya tubuh dapat melawan sendiri jangkitan virus. Virus tidak boleh dibunuh dengan antibiotik. Kita boleh mencegah jangkitan virus dengan :

  1. Selalu mencuci tangan dengan bersih

  2. Perlakuan aktiviti seks yang selamat ( safe sex )

  3. Elakkan daripada mengambil minuman dan makanan tercemar

  4. Elakkan perkongsian jarum suntikan

  5. Amalkan pemakanan yang seimbang

Persamaan dan perbezaan antara bakteria dan virus

Ciri – ciri

Bakteria

 Virus

Persamaan:

Dilihat menggunakan mikroskop?
Jangkitan kepada manusia?
Mempunyai nukleus?

 

Ya
Ya
Tidak

 

Ya
Ya
Tidak

Perbezaan:

Saiz
Perlukan sel perumah hidup?
Pembiakan

 

Rawatan

 

Besar
Tidak
Belahan dedua

 

Antibiotik

 

Kecil
Ya
Menyerang sel perumah hidup dan membiak dengan bantuan sel perumah

Antiviral

 

Semakan Akhir : 30 Mac 2015
Penulis : Mohd Faizal b. Mohamed Yusuf
Penyemak : Mohd Faizal b. Mohamed Yusuf
Akreditor : Normah bt. Untong

 

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 219,230,972

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia