A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Main Page
  4. /
  5. Asas Penjagaan Kulit

Asas Penjagaan Kulit

Download:

Kulit yang halus dan cantik menjadi idaman setiap remaja. Baik lelaki atau perempuan, mereka perlu menjaga kulit daripada berbagai masalah.
Kehidupan remaja biasanya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuk aktiviti luar seperti bersukan dan beriadah. Aktiviti ini boleh mendedahkan remaja kepada cahaya matahari dan debu yang boleh memberi kesan sampingan kepada kulit.
Adalah disarankan menggunakan Sun Protective cream iaitu krim pelindung matahari semasa ke sekolah atau melakukan aktiviti luar seperti bersukan atau beriadah.
Melakukan senaman adalah baik untuk kesihatan kulit kerana ia melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit.
Selalulah mandi untuk menjaga kebersihan kulit. Tambah pula jika anda seorang yang mudah berpeluh.
Kulit yang normal mempunyai nilai pH antara 4.2 -5.6.
Sabun tidak memudaratkan kulit. Tetapi jika digunakan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
Pilih sabun yang bersesuaian jika mempunyai kulit yang kering. Dan sapukan bahan pelembap kulit selepas mandi. Pelembap membantu mengekalkan kelembapan kulit. Minyak bayi (baby oil) boleh digunakan untuk kulit yang kering. Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembap
Bagi kulit yang sensitif, elakan daripada menggunakan sabun yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit.
Kulit juga boleh menjadi kering jika kerap mandi dengan air panas. salin dan pakai pakaian bersih mengikut keperluan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari untuk menjaga kebersihan kulit. Untuk menjaga muka berminyak, gunakan toner bagi menutup liang roma. penggunaannya boleh menyebabkan kulit kurang berminyak.
Di sekelilling kelopak mata pula, sapukan bahan pelembap untuk mengurangkan keradangan kulit mata yang sensitif dan nipis.
Kulit berjerawat adalah antara masalah yang dihadapi oleh kebanyakan remaja. Jerawat ialah liang roma yang berjangkit dan tersumbat. Jangan sekali-kali memincit jerawat anda kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan meninggalkan parut.
Gunakan produk penjagaan kulit yang bebas minyak. Solekan berminyak boleh meransang pembiakan bakteria di muka serta membuatkan liang roma tersumbat.
Selain daripada itu, perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah pengambilan makanan yang sihat. Makanan yang berkhasiat boleh mencantikkan wajah.
Banyakkan memakan dari sumber protien seperti ikan, vitamin dan mineral. Kulit akan mendapat manfaat yang besar dengan makanan yang berkhasiat, termasuk lemak yang menyehatkan, protein yang cukup, sayur sayuran serta buah-buahan.
Elakan daripada merokok atau terkena asap rokok. Kerana ia boleh menyebabkan kulit cepat berkedut.
Minum air 2 liter atau sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk mempastikan tubuh anda berfungsi dengan baik.
Kulit muka yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada yang sepatutnya.
Jagalah kebersihan diri dan amalkan gaya hidup sihat. Kulit yang cantik mencermin keperibadian diri.

A

Akibat Seks Luar Nikah

Alat Bantuan Untuk Warga Emas (Parkinson)

Amalan Batuk dan Bersin dengan Betul

Angkat Bibir

Aktiviti Fizikal dan Pemakanan : Misi Amirul & Syazwan

 

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,054,591

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia