A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Main Page
  4. /
  5. 7 Amalan Bijak Ketika...

7 Amalan Bijak Ketika Menyediakan Makanan Untuk kanak-kanak Sekolah

Download:

Dialog : Apabila letih apa yang jadi dalam kelas ?

Apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan, mereka akan menempuh pelbagai cabaran baru. Pastikan mereka sentiasa mendapat makanan yang berkhasiat bagi membantu menghadapi cabaran alam persekolahan dengan lebih baik. Dialog : Dalam aras pertama makanan apa yang kamu suka ambil ?Qistina :Nasi

Ini kerana kajian mendapati kanak-kanak yang mengamalkan pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang akan menjalani hari yang lebih baik di sekolah. Oleh itu, pastikan anda memberi sepenuh perhatian kepada awalan pemakanan anak-anak anda.

Ikutilah panduan berikut:

  1. Cuba sediakan makanan di rumah sekerap yang boleh dan makan bersama-sama sekeluarga. Hidangan yang disediakan di rumah lebih berkhasiat dan perancangan menu yang bijak dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga.Ketika merancang menu untuk anak-anak anda, perkara-perkara berikut perlu dipatuhi:Kepelbagaian sumber makanan dalam setiap hidangan agar anak mendapat makanan yang berkhasiat dan seimbang.

    Tidak menghidangkan makanan yang sama berulang kali.

    Menyediakan makanan yang menarik seperti masakan sayur yang terdiri daripada pelbagai warna sayuran.

    Menyediakan makanan yang anak anda boleh makan seperti tidak terlalu masam, masin atau pedas.

  2. Rancang hidangan harian yang terdiri daripada 3 hidangan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam, dan 2 snek iaitu minum pagi dan minum petang, untuk memastikan anak mendapat nutrien yang mencukupi setiap hari. Ambil kira waktu anak anda pergi ke sekolah dan pulang dari sekolah waktu anak anda ke sekolah dan pulang dari sekolah ketika merancang waktu makan anak.

     

  3. Pastikan anak anda mengambil sarapan pada setiap hari agar mereka bertenaga sebelum memulakan pembelajaran. 

    Sarapan amat penting untuk meningkatkan tumpuan mereka di dalam kelas. Pastikan mereka mengambil sarapan sama ada di rumah atau di sekolah.

  • a. Apabila hendak ke sekolah, berikan cukup masa untuk anak menghabiskan hidangan dan tidak dalam keadaan yang tergesa-gesa.
  • b. Ketika pulang dari sekolah, hidangkan makanan selepas anak berehat sebentar kerana lazimnya, anak berasa letih apabila pulang dari sekolah.

Bekalkan anak anda dengan makanan yang berkhasiat untuk mereka bawa ke sekolah. Bagi yang bersekolah pada sesi petang, pastikan mereka makan sebelum ke sekolah untuk mendapat tenaga harian yang secukupnya.

  • Hidang hidangan utama dan snek yang merangkumi makanan daripada 5 kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.Makanan daripada kumpulan-kumpulan ini boleh dimasukkan sama ada ke dalam hidangan utama atau snek atau kedua-duanya. Sebagai contoh, buah boleh dimasukkan ke dalam hidangan makanan tengahari dan dijadikan snek semasa minum petang.

     

  • Sediakan hidangan utama yang mengandungi sumber bijirin, ikan/ayam/daging/telur, buah-buahan dan sayur-sayuran. Contohnya, nasi dihidangkan bersama ayam masak kicap, sup bayam dan buah tembikai.
  • Sediakan snek yang berkhasiat untuk anak anda, seperti sandwich, roti bijirin penuh, jagung atau kacang rebus, buah-buahan, susu dan dadih. Elakkan anak mengambil snek yang terlalu manis dan melekit seperti gula-gula yang boleh melekat pada gigi dan menyebabkan karies gigi. Pengambilan snek yang tinggi kandungan garam seperti jeruk juga perlu dielakkan.

    Ajar anak kepentingan pengambilan snek yang berkhasiat serta awasi apa yang mereka makan di rumah dan di sekolah.

    Walau bagaimanapun, pastikan anak tidak mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan utama.

  • Didik anak anda.
    • i. Pastikan mereka tahu khasiat makanan yang mereka makan.
    • ii. Ajar mereka supaya sentiasa membaca label dan didik mereka tentang bahaya pengambilan lemak tepu, garam serta gula yang berlebihan.
    • iii. Beri penerangan kepada mereka mengenai iklan makanan yang kurang berkhasiat di televisyen.
    • iv. Dan yang paling penting adalah memastikan anda juga mengamalkan makan secara sihat agar menjadi contoh terbaik buat mereka.
T
7 Amalan Bijak Ketika Menyediakan Makanan Untuk kanak-kanak Sekolah

7 Amalan Bijak Memberikan Makanan Kepada Kanak Prasekolah

7 Amalan Membeli Belah Secara Sihat

7 Langkah bagi Mengurangkan Berat Badan

7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula

Tangani Kemarahan

Teknik Mengangkat dan Mengalih Warga Emas (di Katil)

Teknik Mengangkat dan Mengalih Warga Emas (di Kereta)

Teknik Penggunaan Inhaler

Teknik Pernafasan

Teknik Urut Bahu dan Leher

Teknik-Teknik Relaksasi

Tip Kebersihan Mulut Bayi dan Kanak-kanak

Tip Menjaga Mulut Bagi Orang Kurang Upaya

Tip Penjagaan Mata

Transnasal Endoscopy

 

Related Article

Media Gallery

All multimedia materials are published by Health Education Division, Ministry

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,104,296

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia