A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Dermatologi
  8. /
  9. Dermatitis Sentuh
  10. /
  11. Ekzema Disebabkan Oleh Produk...

Ekzema Disebabkan Oleh Produk Kosmetik

Mana-mana bahagian badan boleh dihidapi ekzema disebabkan penggunaan kosmetik

Menurut US Food and Drug Administration (US FDA), “kosmetik” bermaksud (1) sesuatu yang disapu, dituang, ditabur, disembur, dimasukkan ke dalam, atau dengan cara lain digunakan untuk tubuh manusia atau mana-mana bahagiannya untuk membersihkan, mencantikkan, memberi daya tarikan atau mengubah penampilan, dan (2) sesuatu yang digunakan sebagai komponen mana-mana produk; tidak termasuk sabun. Ini termasuk alat solek muka, barangan penjagaan kulit, minyak wangi, produk untuk rambut dan kuku, gel atau krim pencukur  dan apa jua produk kebersihan diri seperti ubat gigi atau deodoran. Gel mandian dan pencuci kebersihan wanita juga dikategorikan sebagai kosmetik. Kesan sampingan yang disebabkan oleh penggunaan kosmetik sangat lazim terjadi. Adalah sukar untuk menganggarkan kadar insiden reaksi sampingan akibat penggunaan produk kosmetik kerana kebanyakan pengguna tidak mendapatkan nasihat perubatan dan hanya menghentikan penggunaan produk yang disyaki menyebabkan tindak balas.

Gejala dan tanda-tanda

Mana-mana bahagian badan boleh dihidapi ekzema disebabkan penggunaan kosmetik. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa bahagian kulit yang sering terlibat dengan ekzema yang disebabkan penggunaan kosmetik, seperti muka, kelopak mata, leher, tangan, kulit kepala dan bahagian kemaluan. Pesakit-pesakit mungkin mengalami rasa kulit seperti terbakar, sakit, gatal, bengkak, kemerahan atau melepuh di bahagian yang disapu produk kosmetik (Rajah 1). Terdapat pelbagai jenis kesan sampingan yang disebabkan oleh produk  kosmetik termasuk dermatitis/ekzema (irritant atau alergi), urtikaria, sensitif kepada matahari, masalah pigmentasi, kerosakan pada rambut dan kuku, jerawat dan juga menyebabkan ekzema sedia ada menjadi lebih teruk.

Apakah bahan-bahan dalamproduk kosmetikyang boleh menyebabkan ekzema?

Bahan-bahan dalam produk kosmetik yang seringkali menyebabkan ekzema termasuk formaldehid (sejenis pengawet), pewangi, pewarna, produk penjagaan rambut, resin dalam pengilat kuku dan antioksidan. Bahan-bahan pengawet seperti paraben atau thimerosal kadang-kadang boleh menyebabkan masalah yang sama.

Bagaimanakah doktor membuat diagnosa?

Doktor akan mengambil sejarah pesakit secara menyeluruh dan melakukan pemeriksaan fizikal dengan teliti supaya diagnosa dan rawatan yang tepat dapat diberikan untuk ekzema yang berpunca dari penggunaan produk kosmetik. Ujian tampalan (patch test) sering digunakan untuk mengesahkan jika ekzema tersebut berpunca akibat penggunaan produk kosmetik.

Bagaimana untuk mengurangkan atau mengelakkan daripada mendapat ekzema akibat penggunaan produk kosmetik?

Amat penting untuk elak dari menggunakan produk kosmetik yang mengandungi bahan-bahan yang pesakit memang sudah ketahui bahawa beliau alergi kepada bahan tersebut. Setelah ujian patch test dilakukan dan bahan yang menyebabkan alergi dikenalpasti, pesakit perlu diberi penerangan tentang bahan yang beliau alergi. Pesakit dinasihatkan supaya berhati-hati dan memeriksa bahan-bahan dalam produk kosmetik sebelum membuat pembelian untuk mengelakkan mereka daripada terdedah kepada bahan-bahan yang mereka alergi.

Rajah 1 : Ekzema di lengan akibat penggunaan losyen badan

 

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penterjemah : Dr. Azura bt. Mohd Affandi
Akreditor : Datin Dr. Asmah bt. Johar
Penyemak : Dr. Nazatul Shima bt. Abd Rahim

Artikel Berkaitan

Dermatitis Sentuh

Dermatitis sentuh adalah sejenis ekzema yang disebabkan oleh faktor luaran.

Dermatitis Sentuh Alergik

Dermatitis sentuh alergik adalah alahan pada kulit akibat bersentuhan dengan bahan-bahan penyebab alahan (alergen).

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,421,058

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia