A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Penulis
  4. /
  5. Dr. Zaihan bt. Othman

Dr. Zaihan bt. Othman

Dr. Zaihan

Dr. Zaihan bt. Othman merupakan Pakar Pergigian Kesihatan Awam dan juga Pegawai  Pergigian Daerah di Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Besut, Terengganu.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dan seterusnya menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia dengan memperoleh ijazah Sarjana Kesihatan Awam Pergigian dan Doktor Kesihatan Awam Pergigian.

Kerja-kerja beliau melibatkan

  1. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program penjagaan kesihatan pergigian di peringkat daerah yang merangkumi aktiviti penjagaan primer, masyarakat dan kepakaran.
  2. Menjalankan tadbir urus klinikal dalam amalan kesihatan pergigian di peringkat daerah.
  3. Kepimpinan strategik dengan kolaborasi pelbagai sektor dalam penjagaan kesihatan.
  4. Pembangunan dan pengurusan sumber manusia.
  5. Pembangunan dan perkembangan kemudahan pergigian.
  6. Penyelidikan dan usaha peningkatan kualiti.
  7. Merancang, melaksana dan menilai segala aktiviti berkaitan kewangan dan akaun kesihatan pergigian.

Kepakaran lain termasuk  dalam bidang analisa data dan juga metodologi kajian. Ini bertitik tolak dari keperluan menyiapkan kajian semasa menghadapi pengajian dalam bidang sarjana dan kedoktoran. Minat itu timbul dan diasah demi menghasilkan kajian yang sistematik dan tepat. Penulisan bahan ilmiah juga adalah salah satu dari minat saya dan akan sentiasa diteruskan demi perkongsian ilmu dengan semua lapisan masyarakat.

Pengalaman kerja:

  1. Julai 2004 – Mac 2005 : Bertugas di daerah Besut sebagai Pegawai Pergigian U41
  2. April 2005 – Jun 2010 : Bertugas di daerah Setiu sebagai Pegawai Pergigian YM
  3. Julai 2010 – Ogos 2014 : Menyambung pengajian pasca siswazah
  4. September 2014 – Disember 2015 : Bertugas di Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan
  5. Januari 2016 – sekarang : Bertugas sebagai Pegawai Pergigian Daerah merangkap Pakar Pergigian Kesihatan Awam

 

Semakan Akhir : 11 Januari 2017

 

 

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,386,505

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia