Home > Laman Utama > Dr. Rajeswary a/p Raman

Dr. Rajeswary a/p Raman

alt

Dr. Rajeswary a/p Raman merupakan Pakar Periodontik di Unit Periodontik Klinik Pergigian Jalan Perak , Pulau Pinang.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh ijazah Bachelor of Dental Surgery. Juga memperoleh Master in Clinical Dentistry ( Periodontics) dari Kings Dental Institute London dan Master in Restorative Dentistry dari Royal College of Surgeons Edinburg.

Kerja-kerja beliau melibatkan membuat pemeriksaan serta diagnosis, memberi khidmat perundingan dan rawatan kepakaran kepada pesakit periodontal yang dirujuk oleh pegawai pergigian, pakar-pakar pergigian lain, pegawai perubatan dan pengamal-pengamal pergigian swasta.

Beliau telah membentangkan beberapa kertas kajian dalam bidang Periodontik dan Implantology di dalam dan di luar negara. Terlibat dalam program menganjurkan dan memberi ceramah CME dalam jabatan , Malaysian Dental Association  dan Malaysian Periodontic Society.  Beberapa Artikel kajian dan Case report telah di terbitkan dalam jurnal tempatan dan luar negara.

Pengalaman kerja:

  1. Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Kuah Langkawi
  2. Pegawai Pergigian Y/M di Klinik Pergigian Masjid Tanah Melaka
  3. Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Jalan Tengku Kelala Klang
  4. Pegawai Pergigian Y/M di Klinik Pergigian Pandamaran Klang
  5. Pakar Periodontik, Unit Periodontik, Klinik Pergigian Jalan Perak, Pulau Pinang

Semakan Akhir : 12 Disember 2014