A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Penulis
  4. /
  5. Dr. Mohd Zambri bin...

Dr. Mohd Zambri bin Mohamed Makhbul

Dr. Mohd Zambri bin Mohamed Makhbul

Dr. Mohd Zambri bin Mohamed Makhbul merupakan Pakar Pergigian Klinikal (Ortodontik) di Unit Pakar Ortodontik, Klinik Pergigian Cahaya Suria, Kuala Lumpur.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperolehi Ijazah Doktor Pergigian pada tahun 2005. Beliau seterusnya telah berkhidmat sebagai Doktor Pergigian di Klinik-klinik Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu di Johor Bahru, Segamat, Kuala Pilah dan Seremban. Beliau berpengalaman berkhidmat di Klinik Pakar Bedah Mulut, Hospital Tuanku Ja’afar dan Unit Ortodontik, Pusat Pakar Seremban sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Ortodontik di University Of Hong Kong.  Beliau memperolehi Sarjana Kepakaran Pergigian Ortodontik (Master of Orthodontics) pada tahun 2013 dan dianugerahkan Diploma of Membership of Orthodontics dari Royal College Surgeons Of Edinburgh pada tahun 2014.

Beliau merawat pesakit yang memerlukan rawatan ortodontik dengan menggunakan applians tetap, boleh tanggal, fungsi dan sebagainya. Beliau berminat dan terlibat secara aktif dalam mengendalikan pesakit yang memerlukan pembedahan rahang (Orthognathic), sumbing lelangit dan bibir serta pesakit yang berkeperluan khas. Beliau juga terlibat dalam memberi latihan kepada pegawai pergigian tahun pertama, pegawai pergigian , juruteknologi pergigian pelatih/ pos-basik, jururawat pergigian pos basik dan pembantu pembedahan pergigian pelatih.

Pengalaman bekerja :

  1. Pegawai Pergigian, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (Julai 2005 – Oktober 2005)
  2. Pegawai Pergigian, Klinik Pergigian Abdul Samad, Johor Bahru (November 2005 – December 2005)
  3. Pegawai Pergigian, Klinik Pesakit Luar, Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru (Januari 2006)
  4. Pegawai Pergigian, Klinik Pergigian Segamat, Segamat (Febuari 2006 – Ogos 2006)
  5. Pegawai Pergigian, Klinik Pergigian Kuala Pilah, Kuala Pilah (September 2006 – Ogos 2007)
  6. Pegawai Pergigian, Klinik Pakar Pergigian Seremban (September 2007 – September 2010)
  7. Pegawai Pergigian, Hospital Tuanku Ja’afar (September 2007 – September 2010)
  8. Pakar Pergigian Klinikal (Ortodontik), Klinik Pergigian Cahaya Suria, Kuala Lumpur (Januari 2015 – sekarang)

Semakan Akhir : 21 September 2015

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,267,273

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia