A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Dr. Mohd Daud bin...

Dr. Mohd Daud bin Che Yusof

alt

Dr. Mohd Daud bin Che Yusof mempunyai pengalaman kerja selama 20 tahun dan merupakan Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Kesihatan Bandar Kuantan, Kuantan, Pahang.

Beliau telah menamatkan pengajian dalam bidang perubatan dari UnIversiti Kebangsaan Malaysia dan dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan MD ( UKM) pada tahun 1992.

Setelah 4 tahun bekerja sebagai pegawai perubatan, beliau melanjutkan pelajaran diperingkat master di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Perubatan Keluarga MMED (Family Medicine)(USM) pada tahun 2000.

Telah berpindah ke Klinik Kesihatan Bandar Kuantan sebagai Pakar Perubatan Keluarga setelah berkhidmat di Rompin selama setahun.

Selain menjalankan tugas-tugas rasmi berkaitan bidang kepakaran, beliau mempunyai minat yang khusus dalam bidang kesihatan warga usia emas. Klinik Kesihatan Sungai Mati adalah merupakan klinik perintis untuk program kesihatan warga usia emas. Selain program khas saringan dan pengendalian kesihatan warga usia emas, aktiviti masyarakat berkaitan kesihatan warga usia emas giat dijalankan melalui Kelab Warga Usia Emas, Dapur Sihat Masyarakat, Kelab Sukarelawan dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan.

Beliau telah mengikuti Kursus Penjagaan Warga Tua di Singapura pada tahun 2004 di bawah anjuran WHO selama 2 minggu.

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,192,321

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia