Home > Laman Utama > Dr. Eileen Yap Ai Ling

Dr. Eileen Yap Ai Ling

Dr. Eileen Yap Ai Ling merupakan Pakar Pergigian Keperluan Khas di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau telah menamatkan pengajian di University of Melbourne dengan memperoleh ijazah Sarjana Doctor of Clinical Dentistry dalam bidang Special Needs Dentistry .

Kerja-kerja beliau termasuk memberi rawatan pergigian kepada orang-orang yang mempunyai ketidakupayaan fizikal dan/atau intelektual, masalah psikiatri dan masalah perubatan yang kompleks di mana masalah-masalah ini mengelakkan mereka daripada menerima rawatan pergigian di klinik pergigian primer. Beliau juga memberi rawatan pergigian di bawah sedasi gas nitrus oksida dan bius umum.

Pengalaman kerja:

  1. Jabatan Pergigian Keperluan Khas, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah (Sekarang)
  2. Unit Pergigian Keperluan Khas, Hospital Kuala Lumpur (2013-2014)
  3. Royal Dental Hospital of Melbourne, Royal Children’s Hospital, Peter McCallum Cancer Institute, Alfred’s Hospital (Melbourne, 2011-2013)
  4. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas, Kota Kinabalu, Sabah (2008-2010)
  5. Klinik Pergigian di Jabatan Kesihatan Kesihatan Negeri Sabah (2006-2008)

Semakan Akhir : 27 Julai 2015