A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Radiologi Umum
  8. /
  9. BOLEHKAH SAYA DITEMANI MENJALANI...

BOLEHKAH SAYA DITEMANI MENJALANI PEMERIKSAAN X-RAY (CHAPERON)?

Pemeriksaan seperti ‘intimate examinations’ mesti memerlukan seorang pengiring pesakit (Chaperon) yang merupakan orang ketiga yang hadir bersama-sama ketika pesakit menjalani pemeriksaan x-ray. Seorang chaperon mestilah orang dewasa dan sama jantina.

Apa Itu Pengiring Pesakit?

  • Pengiring pesakit (Chaperon) merupakan orang ketiga yang hadir bersama-sama ketika anda menjalani pemeriksaan dan memberikan kebaikan kepada anda serta Juru X-ray yang menjalankan pemeriksaan X-ray. [1]

  • Seorang pengiring pesakit mestilah orang dewasa dan lebih digalakkan sama jantina dengan anda.

  • Hanya pemeriksaan tertentu sahaja membolehkan pengiring pesakit ada bersama anda.

Bilakah Saya Boleh Diiringi?

  • Selalunya pemeriksaan yang merupakan ‘intimate examinations’ mesti memerlukan seorang pengiring pesakit untuk menemani anda. Ini adalah kerana ‘intimate examinations’ ini melibatkan kawasan badan anda yang sulit terdedah atau disentuh oleh Juru X-ray bagi tujuan pemeriksaan. Ini termasuklah seperti buah dada, alat sulit lelaki dan wanita serta dubur. [2]

  • Dalam bidang radiografi pula, pemeriksaan yang melibatkan bahagian badan seperti dada (wanita), pinggang dan bahagian atas kaki yang akan menyebabkan anda merasa malu jika tidak diambil kira sensitiviti anda, boleh juga dikategorikan sebagai ‘intimate examinations’.

  • Di antara contoh-contoh pemeriksaan di Jabatan Pengimejan Diagnostik yang turut dianggap sebagai ‘intimate examinations’ adalah seperti berikut [3]:

    • Transvaginal, Trans-anal dan Trans-rectal Ultrasound.

    • Ultrasound Scrotum dan Penis.

    • Ultrasound Breasts.

    • Endorectal MRI.

    • Echocardiography.

  • Tidak semua pemeriksaan boleh diiringi terutamanya apabila melibatkan pemeriksaan secara kerja berkumpulan dan juga pemeriksaan yang melibatkan prosedur-prosedur khas contohnya dalam pemeriksaan floroskopi serta angiografi.

Bolehkah Saya Ditemani Semasa Menjalani Pemeriksaan X-ray?

  • Anda sepatutnya ditanya terlebih dahulu oleh Juru X-ray yang bertugas sekiranya memerlukan seorang pengiring pesakit atau tidak.

  • Pilihan sama ada siapa yang akan menemani anda mestilah dibuat oleh anda sendiri. Seboleh-bolehnya pilihan pengiring pesakit yang dibuat itu mestilah menepati syarat-syarat kelayakan seorang pengiring pesakit.

  • Kadang-kadang anda merasakan pengiring pesakit tidak perlu ada atas sebab kepercayaan anda kepada Juru X-ray yang bertugas atau anda memerlukan privasi sewaktu rawatan dijalankan.

  • Namun begitu, Juru X-ray juga perlu membuat keputusan sewajarnya walaupun anda ada menyatakan tidak perlu kehadiran pengiring pesakit semasa menjalani pemeriksaan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

  • Anda juga mempunyai hak diberikan penerangan yang jelas berkaitan dengan pemeriksaan yang dilakukan ke atas anda dan keperluan melakukan pemeriksaan sedemikian.

Siapa Boleh Menjadi Pengiring Pesakit?

  • Ahli keluarga yang dewasa.

  • Staf pengiring wanita bukan dari jabatan X-ray.

  • Staf wanita dari jabatan X-ray.

  • Jika tiada calon pengiring pesakit yang sesuai seperti di atas, Juru X-ray akan merujuk kembali kepada doktor yang merawat anda untuk tindakan yang selanjutnya.

Peranan Pengiring Pesakit Termasuklah [4]:

  • Memastikan anda selesa dari segi emosi.

  • Membantu Juru X-ray sewaktu pemeriksaan dijalankan.

  • Menjadi saksi kepada Juru X-ray yang bertugas dari sebarang aduan/ masalah.

  • Tidak digalakkan bersama pesakit ketika dedahan sinaran X-ray dilakukan. Jika anda masih diperlukan semasa dedahan sinaran dibuat anda akan diberikan pakaian perlindungan sinaran.

Situasi Di Mana Anda Mesti Ditemani Semasa Menjalani Pemeriksaan X-ray

  • Jika Juru X-ray yang bertugas adalah lelaki dan anda pula wanita.

  • Jika pemeriksaan melibatkan kanak-kanak [5]:

    • Mereka sepatutnya ditemani oleh kedua ibu bapa atau orang dewasa yang mereka percayai.

    • Sebarang maklumat serta arahan berkaitan dengan pemeriksaan akan dimaklumkan kepada pengiring pesakit dan sebarang persetujuan juga akan ditentukan oleh pengiring pesakit.

  • Jika melibatkan pesakit OKU yang memerlukan keperluan khas [5]:

    • Bagi pesakit yang tidak mencapai tahap kesihatan mental yang optimum atau menghadapi masalah seperti masalah dalam pembelajaran (learning difficulties), digalakkan membawa pengiring pesakit bersama bagi menjadi orang perantaraan.

  • Pengiring pesakit mestilah di kalangan ahli keluarga yang rapat dengan pesakit bagi memudahkan urusan pemeriksaan dijalankan ke atas pesakit.

  • Ini adalah penting bagi mengelakkan sebarang salah faham jika sistem komunikasi antara pesakit dan Juru X-ray terbatas.

 

Rujukan

  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Chaperone_(clinical)

  2. Chaperones: protecting the patient or protecting the doctor?, Karen E. Rogstad, Royal Hallamshire Hospital, Sheffield, UK, CSIRO Publishing and MINNIS Communications, April 2007, www.publish.csiro.au/journals

  3. http://www.rcr.ac.uk/publications, The Royal College of Radiologists, Publications and guidance

  4. Chaperoning Guidelines for Clinical Staff, Diane Lashbrook, Ashford and St. Peter’s Hospitals, NHS Foundation Trust, Ogos 2013

  5. www.csp.org.uk, Chartered Society of Physiotherapy, Chaperoning and related issues, 2013

 

 

Semakan Akhir : 9 Jun 2014
Penulis : Fara Shuhaida binti Shafiee
Akreditor : Daud bin Ismail

Artikel Berkaitan

Keratokonus

Pengenalan Kerato – bermaksud kornea dan konus bermaksud kon. Ia

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,428

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia