A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kecemasan
  6. /
  7. Dipatuk Ular : Rawatan...

Dipatuk Ular : Rawatan Awal

Secara umumnya, serangan ular terbahagi kepada 2 iaitu mematuk atau menggigit dan membelit. Terdapat ular yang tidak mempunyai bisa (venom) tetapi mampu menggigit dan membelit. Lokasi tubuh badan yang sering terdedah kepada ancaman dipatuk ular adalah pada bahagian kaki dan tangan. Insiden dipatuk ular merupakan kes kecemasan yang memerlukan tindakan dan rawatan dengan segera.

Pengenalan

Ular merupakan haiwan yang dianggap berbahaya dan boleh mengancam nyawa. Secara umumnya, serangan ular terbahagi kepada 2 iaitu mematuk atau menggigit dan membelit. Terdapat ular yang tidak mempunyai bisa (venom) tetapi mampu menggigit dan membelit. Lokasi tubuh badan yang sering terdedah kepada ancaman dipatuk ular adalah pada bahagian kaki dan tangan. Insiden dipatuk ular merupakan kes kecemasan yang memerlukan tindakan dan rawatan dengan segera.

Rajah 1 : Luka Dipatuk Ular

Tanda/Gejala

Mangsa yang dipatuk ular boleh mendapat gejala-gejala seperti kesakitan, bengkak, perdarahan dan lebam pada bahagian yang dipatuk. Selain itu, mangsa juga boleh mengalami gejala seperti muntah, pening, kabur penglihatan, lumpuh sebahagian atau keseluruhan badan, kesukaran bernafas dan juga boleh mengakibatkan kepada keadaan tidak sedarkan diri.

Komplikasi

Bisa ular mengandungi bisa (venom) yang boleh mengakibatkan kegagalan sistem organ badan dan seterusnya membawa kepada kematian.

Rawatan

Rawatan awal boleh dilakukan oleh mangsa sendiri atau dengan bantuan orang di sekeliling. Risiko kematian dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah berikut dapat diambil dengan segera, seperti :Rawatan awal boleh dilakukan oleh mangsa sendiri atau dengan bantuan orang di sekeliling. Risiko kematian dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah berikut dapat diambil dengan segera, seperti :
  • Bertenang atau tenangkan mangsa;
  • Hadkan pergerakan bahagian atau anggota yang dipatuk bagi mencegah bisa merebak ke dalam tisu dan ke seluruh badan. Sekiranya dipatuk pada bahagian tangan atau kaki maka penggunaan splint pada anggota berkenaan adalah disyorkan;
  •  Minta bantuan (jika berseorangan) atau hubungi anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan menggunakan talian 999;
  •  Jika berlaku perdarahan, berikan tekanan ke atas luka menggunakan kain bersih;
  •  Gunakan papan atau papah mangsa sekiranya mangsa perlu dipindahkan;
  •  Sekiranya, bantuan lambat tiba, bawa mangsa ke pusat rawatan berdekatan;
  •  Cuba sebaik mungkin untuk mengenal pasti jenis ular yang mematuk atau menggunakan kamera/telefon bimbit untuk mengambil gambar ular;
  •  Membawa ular yang telah mati ke pusat rawatan bagi membantu mengenal pasti jenis ular (pastikan keselamatan sentiasa diutamakan);
  •  Pemakaian “torniquet” adalah tidak digalakkan;
  •  Jangan sesekali menyedut atau memotong bahagian luka patukan ular;
  •  Doktor akan memberikan rawatan perubatan seperti berikut :
    1. Suntikan antivenom akan diberikan bagi mengelak komplikasi akibat racun (toksin) yang ada di dalam bisa ular (jika perlu);
    2. Suntikan anti-tetanus akan diberikan bagi mengelak serangan kancing gigi (jika perlu);
    3. Pemberian ubat penahan sakit (jika perlu).
    4. Pemberian ubat antibiotik (jika perlu).

Pencegahan

Ancaman dipatuk ular dapat dielakkan sekiranya perkara-perkara berikut diberi perhatian, antaranya :

  • Memakai kasut, sarung tangan dan lain-lain alat perlindungan diri ketika melakukan aktiviti di hutan atau di tempat-tempat berisiko tinggi terdapat ular.
  • Menjauhi tempat-tempat berisiko tinggi yang merupakan habitat ular.
  • Sentiasa peka dengan persekitaran.

Rehabilitasi

  • Pastikan tempat luka sentiasa bersih dan elak daripada menggunakan bahan-bahan yang diragui kebersihannya.
  • Sentiasa bersihkan diri dan persekitaran tempat tinggal.
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang khususnya dalam pengambilan protein.
  • Kawal paras gula terutamanya bagi mereka yang menghidap diabetes.
  • Pastikan kesihatan tubuh badan di tahap optima.

Rujukan

  1. Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia
  2. Malaysian Society on Toxinology: RECS
  3. www.healthcare-online.org
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Amin Zafri bin Abd Rahman
Akreditor : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

 

Artikel Berkaitan

Sunburn (Selaran Matahari)

Sunburn atau selaran matahari biasanya terjadi kepada mereka yang terdedah kepada sinaran matahari dalam tempoh yang panjang ketika melakukan aktiviti luar

Pendarahan Telinga

Pendarahan telinga adalah lelehan yang keluar dari telinga yang mengandungi darah akibat daripada kecederaan ataupun jangkitan kuman.

Luka Tusukan Objek Tajam : Rawatan Awal

Luka ini berpunca daripada tusukan atau tikaman daripada objek-objek tajam seperti pisau, gunting, paku, jarum, besi, kaca, pensel, pen dan sebagainya. Lokasi tubuh badan yang sering terdedah kepada ancaman tusukan adalah pada bahagian abdomen, belakang badan, punggung, tapak kaki dan tangan serta muka.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,052,750

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia