A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apa itu dialisis?

Dialisis adalah rawatan yang mengambil alih tugas-tugas yang dilakukan oleh buah pinggang. Anak anda mungkin memerlukan dialisis apabila mendapat kegagalan buah pinggang di peringkat akhir (end stage renal failure). Rawatan ini berkemungkinan untuk seumur hidup kecuali anak anda mendapat pemindahan buah pingggang.

 


Gambar menunjukkan seorang kanak-kanak yang menjalani hemodialisis

 

Apakah jenis-jenis dialysis

  • Peritoneal Dialisis (PD)
    • Continous Ambulatory Peritoneal Dialisis (CAPD)
    • Continuos Cycling Peritoneal Dialisis (CCPD)
  • Hemodialisis (HD)

Bagaimana ia berfungsi?

Haemodialysis

Buah pinggang tiruan (haemodialyzer) disambung dengan mesin penapis yang berfungsi membuang sisa-sisa kotoran dan cecair yang berlebihan dari badan. Prosedur ini dijalankan di unit khas (unit hemodialisis) di hospital dan memakan masa empat jam setiap sesii untuk 3 sesi seminggu . Anak anda akan memerlukan fistula supaya darah dari badan dapat mengalir ke buah pinggang tiruan. Pakar bedah akan membuat fistula ini dengan menyambungkan salur darah arteri dengan vena sehingga menjadi salur darah yang lebih besar.

Peritoneal dialysis

Proses penapisan dilakukan melalui selaput perut (peritoneum) anak anda. Ia boleh dilakukan di hospital atau di rumah dan merupakan cara rawatan yang paling sesuai untuk kanak-kanak. Proses ini memerlukan satu tiub plastik (Tenchoff catheter) dimasukkan ke dalam perut (abdomen) melalui pembedahan . Hujung tiub akan keluar dari perut anak anda dan ia dipanggil saluran keluar (exit site).

  • CAPD melibatkan empat pertukaran (exchanges) sehari di rumah, tanpa menggunakan mesin. Proses ini boleh dilakukan oleh ibubapa atau kanak-kanak itu sendiri sekiranya dia sudah cukup matang. Pertukaran (exchanges) adalah satu proses di mana air dialisis yang steril dimasukkan ke dalam abdomen dan apabila dikeluarkan ia turut membawa bahan kumuh dan lebihan air dari badan.
  • CCPD dilakukan di rumah menggunakan mesin yang dipanggil cycler. Cycler boleh membuat pertukaran selama lapan hingga sepuluh jam lamanya, biasanya di waktu malam semasa anak sedang tidur.

Bolehkah berlaku sebarang kesilapan dengan prosedur-prosedur ini?

  • Haemodialysis
    • pembekuan darah dalam fistula,tiub dan buah pinggang tiruan semasa dailisis.
    • masalah tekanan darah rendah semasa dialisis
    • jangkitan pada fistula atau darah
  • Peritoneal dialysis
    • jangkitan dalam peritoneum (peritonitis)
    • jangkitan kepada bahagian tiub saluran keluar (exit site)
    • tiub tersumbat.

Pencegahan komplikasi

  • Amalkan teknik mencuci tangan yang betul sepertimana yang diajar oleh jururawat semasa CAPD.
  • Mencuci bahagian hujung tiub (exit site) dengan kerap.
  • Mengekalkan kebersihan mesin cycler dan kesemua peralatan yang digunakan dalam CAPD.

Hubungi jururawat dialisis anda atau doktor sekiranya anda mengsyaki anak anda mengalami jangkitan peritoneum (peritonitis) atau jangkitan di saluran hujung tiub (exit site infection)

Pemulihan

  • Mengawal pengambilan air minuman sepertimana yang dicadangkan oleh doktor anda.
  • Jangan beri anak anda makanan yang mengandungi fosfat yang tinggi.
  • Berikan makanan kurang garam sekiranya dinasihatkan oleh doktor anda.
  • Galakkan senaman untuk membantu menguatkan tulang dan menggalakkan badan berpeluh, tetapi ingat jangan benarkan anak anda minum terlalu banyak selepas itu.
  • Pastikan anak anda dapat menghadiri sekolah.
  • Galakkan membuat kerja-kerja sekolah, melukis, membuat kraftangan atau membaca semasa sesi hemodialisis sebagai satu cara untuk mengisi masa terluang.
Semakan akhir : 26 Julai 2012
Penulis : Dr. Lee Ming Lee
  : Dr. Lynster Liaw Chiew Tung
Penyemak : Dr. Lee Ming Lee

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,233,273

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia