A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Sistem Respiratori
  8. /
  9. Chronic Obstructive Pulmonary Disease

Chronic Obstructive Pulmonary Disease

Pengenalan dan epidemiologi

COPD adalah satu penyakit kronik sistem pernafasan, di mana terjadi penyempitan dan radang (inflamasi) pada saluran pernafasan. Ia merupakan sebab keempat kemasukkan dalam hospital dan di jangka pada tahun 2020, ia akan menjadi penyebab kematian ketiga secara keseluruhan.

Merokok adalah penyebab utama penyakit COPD. Penyakit ini boleh menyerang sama ada lelaki atau wanita dan ia meningkat dengan usia.

Gejala penyakit COPD adalah:

  • Sesak nafas sewaktu melakukan aktiviti atau semasa rehat
  • Sesak nafas terutama sekali waktu pagi waktu bangun tidur
  • Batuk berkahak berpanjangan
  • Nafas berbunyi (wheezing)
  • Ciri-ciri kegagalan paru-paru dan jantung bengkak dan bengkak kaki

Apakah risiko mendapat COPD?

Risiko adalah:

  • Merokok- merupakan penyebab utama di mana risiko lebih tinggi sekiranya individu kerap merokok
  • Perokok pasif
  • Pencemaran udara
  • Jangkitan virus meyebabkan salur pernafasan menjadi aktif
  • Bekerja di kuari dan sentiasa terdedah pada habuk
  • Genetik- Alpha 1-antitrypsin deficiency

Matlamat rawatan COPD

Matlamat rawatan COPD adalah untuk:

  • Meningkatkan kualiti kehidupan tanpa masalah pernafasan
  • Mengurangkan kerosakan pada paru-paru
  • Mencegah dan merawat komplikasi jantung bengkak
  • Memanjangkan jangka hayat
  • Mengurangkan serangan pernafasan dan kemasukkan ke hospital

Rawatan untuk COPD :

Pendidikan

  • Berhenti merokok dan pendedahan terhadap asap rokok kerana ia dapat mengurangkan kerosakan paru-paru.
  • Berhenti merokok juga dapat memanjangkan jangka hayat walaupun individu tersebut merokok dalam kuantiti yang banyak sebelumya.

Ubat-ubatan

  • Ubat-ubat sedutan seperti ipratropium bromide, salbutamol, dan terbutaline dapat mengurangkan ketegangan otot bronkial dan melegakan penyempitan bronkus akibat kontraksi. Kebaikan mengambil ubat sedut adalah ia terus masuk ke paru-paru dan bertindak cepat dengan kurang kesan sampingan. Terdapat juga persediaan ubat-ubatan pil seperti neulin SR, dan theodur.
  • Penggunaan ubat-ubat steroid secara sistemik adalah penting semasa serangan pernafasan (acute exacerbation). Ia boleh didapati dalam bentuk alat sedut, pil dan suntikan.
  • Antibiotik – ‘broad-spectrum’ antibiotik selalu digunakan, jika ada tanda-tanda jangkitan kuman.
  • Ubat-ubat pencair kahak (Mucolytic agent) untuk mencairkan kahak supaya mudah dikeluarkan.
  • Ubat batuk seharusnya tidak digunakan.

Klik disini untuk menilai risiko kesihatan anda!!!

Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. A. Khalek Abd Rahman
Penyemak : Dr. Norhaya Mohd Razali

 

Artikel Berkaitan

Penyakit Parkinson

Penyakit Parkinson adalah satu penyakit saraf yang boleh berlaku di kalangan warga emas.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,234,427

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia