A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

‘Dermal Filler’

Pengenalan

Kulit adalah merupakan organ yang terbesar pada tubuh manusia. Kulit mempunyai pelbagai fungsi seperti perlindungan dari jangkitan, mengawal suhu badan, menghasilkan peluh, vitamin D dan lain-lain. Kulit terdiri dari dua lapisan iaitu lapisan epidermis dan dermis. Lapisan dermis mengandungi elemen-elemen penting untuk fungsi kulit seperti kelenjar peluh, kelenjar minyak, saluran darah dan saraf serta akar rambut. Lapisan dermis juga disokong oleh tisu kolagen yang menghasilkan kulit yang anjal dan tegang. Apabila usia telah meningkat tua atau individu yang hilang berat badan secara berlebihan, sokongan kolagen juga akan menurun menyebabkan kulit kelihatan kendur.


Gambarajah 1: Lapisan kulit

Apa itu “Dermal Filler”

“Dermal filler” adalah merupakan bahan sintetik yang disuntik ke dalam lapisan dermis untuk memberi sokongan dalam lapisan tersebut. Penggunaan bahan ini adalah meluas dalam bidang kosmetik kerana ia melibatkan prosedur kurang invasif.

Ianya boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu:

  1. Jenis jangka pendek
    Ajen yang sering digunakan adalah asid hialuronik. Asid hialuronik mempunyai saiz partikel yang halus dan bergantung kepada komposisi yang disediakan, ianya boleh digunakan untuk suntikan di lapisan atas atau bawah dermis. Ajen ini akan kekal di dalam lapisan dermis selama 9 hingga 12 bulan. selepas itu suntikan perlu diulang semula untuk mendapatkan kesan yang diingini. Kesan hialuronik ini juga boleh dirawat dengan hialuronidase iaitu sejenis enzim yang boleh meleraikan asid tersebut sekiranya terdapat kesan sampingan.
  2. Jenis kekal
    Contoh ajen jenis kekal adalah seperti “calcium hydroxyapatite”, “polymethylmethacrylate” dan silikon. Ajen-ajen ini apabila disuntik ke dalam lapisan dermis akan kekal sampai bila-bila.
    Ajen jenis ini tidak akan terlerai dengan sendiri dan tidak ada ubat yang boleh meleraikannya. Sekiranya berlaku komplikasi, prosedur untuk membuangnya juga amat susah kerana ia akan melekat pada lapisan dermis.

Apakah kegunaan “Dermal Filler”

“Dermal filler” digunakan dalam bidang kosmetik sebagai ajen anti penuaan dengan mengurangkan garis-garis halus, menegangkan tisu yang kendur serta menaikkan isipadu  tisu  seperti garisan pipi, bibir, hidung dan sebagainya.


Gambarajah 2: Suntikan “Dermal filler” untuk meningkatkan saiz bibir.

Komplikasi suntikan “Dermal filler”

“Dermal filler” adalah bahan asing yang disuntik ke dalam tisu seseorang individu. Ianya boleh menyebabkan benjolan kulit yang tidak sekata, radang kulit, jangkitan kuman, lebam serta pendarahan sekirangnya suntikan terlalu dalam.

Rujukan

  1. Update on botulinum toxin and dermal ?llers. Zachary J. Berbosa and William J. Liphama,b; Current Opinion in Ophthalmology 2010,21:387–395
  2. Injectable Agents for Facial Rejuvenation: Botulinum Toxin and Dermal Filling Agents. John T. H. Mandeville, M.D., Ph.D. Peter A. D. Rubin, M.D., F.A.C.S.

 

Semakan Akhir : 16 Januari 2015
Penulis : Dr. Salina bt. Ibrahim
Akreditor : Dr. Normala b. Hj Basiron

 

Artikel Berkaitan

Parut

Pengenalan Parut merupakan satu perubahan pada kulit yang tidak disenangi

Botox/Dysport

Pengenalan Toksin botulinum adalah merupakan sejenis eksotoksin yang dihasilkan oleh

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,668,715

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia