A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Demam Kepialu

Apa itu Demam Kepialu?

Ini adalah jangkitan kuman bakteria pada usus yang menyebabkan demam yang berpanjangan, jangkitan kuman dalam darah dan kebocoran usus. Jangkitan ini adalah biasa berlaku di kawasan tempat tinggal yang mempunyai bekalan air bersih yang terhad atau tidak mempunyai sistem kumbahan yang baik.

Apakah yang menyebabkan Demam Kepialu?

Jangkitan ini adalah disebabkan oleh kuman Salmonella typhii di mana ia merebak melalui pencemaran najis. Sesetengah pengendali makanan adalah pembawa kuman bakteria ini. Mereka tidak mempunyai sebarang gejala penyakit di mana bakteria ini berselindung di dalam sistem hempedu dan kuman ini dikeluarkan melalui najis mereka secara berterusan.

Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?

Vaksin ini diberi kepada pada kanak- kanak yang berusia 2 tahun ke atas melalui suntikan ke dalam otot. Suntikan ini boleh diulang setiap 3 tahun.

Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Ibu bapa boleh memilih untuk memberikan vaksin ini kepada anak-anak mereka terutamanya jika mereka merancang untuk melancong ke negeri-negeri di mana penyakit ini biasa berlaku.[/01]

Semakan akhir : 25 April 2012
Penulis : Dato’ Dr. Jimmy Lee Kok Foo
Penyemak : Dr. Ranjini S. Sivanesom

 

Artikel Berkaitan

Hepatitis A

Apa itu Hepatitis A? Penyakit hati yang akut ini boleh

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,224,712

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 11:55:02
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia