A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

CT LIVER MULTIPHASE

Apa Itu Pemeriksaan CT Liver Multiphase?

CT Liver Multiphase adalah salah satu teknik dalam radiografi untuk menghasilkan imej keratan rentas di bahagian hati dengan menggunakan sinar X dan media kontras. CT Liver Multiphase sangat berguna untuk mengesan perbezaan jenis ketumbuhan di bahagian hati.

Bagaimana Dan Di Mana Untuk Mendapatkan Pemeriksaan Ini?

Pemeriksaan ini hanya boleh ditentukan oleh doktor pakar di hospital-hospital yang berpakar dan mempunyai kemudahan CT scan.

Tujuan Pemeriksaan

CT Liver Multiphase digunakan untuk mengesan jenis dan peringkat ketumbuhan hati. Imbasan hati tanpa media kontras digunakan untuk mengesan calcifications, menggambarkan pendarahan akibat trauma dan menunjukkan perbanding tisu-tisu hati dan sekitarnya.

Apakah Persediaan Pemeriksaan?

  • Berpuasa di antara 4 – 6 jam sebelum pemeriksaan.
  • Hanya air kosong sahaja boleh diminum.
  • Mengambil ubat alahan (steroid) jika perlu.
  • Maklumkan kepada doktor yang merawat atau Juru X-ray sekiranya anda mengalami perkara berikut:

– Asma atau lelah.

– Alahan kepada makanan atau ubatan

  • Sekiranya sedang mengambil ubat-ubatan, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda.
  • Maklumkan kepada doktor dan/ atau Juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.

Sebelum pemeriksaan

  • Anda perlu menukar kepada pakaian hospital dan menanggalkan semua barang peribadi terutamanya pada bahagian pemeriksaan.
  • Barang peribadi/ berharga adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri (anda dinasihatkan untuk tidak membawa barang-barang berharga semasa hari pemeriksaan).
  • Maklumkan kepada doktor dan/ atau Juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.
  • Sila maklumkan kepada doktor jika anda pernah mengalami allergi/ alahan kepada makanan laut, ubat dan lain-lain.
  • Anda dimasukkan jarum (branula).
  • Berat badan anda akan ditimbang.

Semasa pemeriksaan

  • Pemeriksaan CT Liver Multiphase mengambil masa selama di antara 15 hingga 20 minit.
  • Anda diminta untuk tidak bergerak semasa pemeriksaan dijalankan untuk mengelakkan pemeriksaan ulangan kerana boleh menjejaskan kualiti imej.
  • Imej tanpa kontras dihasilkan dan dipamerkan di monitor
  • Media kontras akan dimasukkan.
  • Imej berkontras akan terhasil dan dipamerkan di monitor.

Selepas pemeriksaan

  • Anda dinasihatkan untuk berehat.
  • Anda akan dibenarkan pulang setelah anda diperiksa dan dalam keadaan baik.
  • Anda dibenarkan makan dan digalakkan minum air yang berlebihan untuk mempercepatkan media kontras keluar dari badan melalui proses pembuangan air kencing.

Laporan Pemeriksaan

Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan radiologi akan disediakan.

Rujukan

  1. http://www.cancer.org/cancer/livercancer/detailedguide/liver-cancer-diagnosis
  2. http://www.healthcare.philips.com/pwc_hc/main/about/assets/Docs/medicamundi/mm_vol46_no3/05_Bol.pdf

 

Semakan Akhir : 3 Januari 2017
Penulis : Norasikin binti Ismail
Akreditor : Norman Serbastian Alangaram

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,414,529

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia