A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apakah CT Forensik?

  • Perubatan forensik merujuk kepada penggunaan perubatan dan teknologi dalam pengumpulan bukti untuk digunakan dalam mahkamah [1].

  • CT Forensik adalah penggunaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) ke atas mayat atau sebahagian anggota manusia yang telah meninggal dunia.

  • Imej yang dihasilkan dari kaedah ini membolehkan mayat diperiksa dari pelbagai sudut yang dikehendaki tanpa memusnahkan bukti-bukti forensik yang diperlukan. Malah penelitian, pengamatan dan pemeriksaan ini boleh dilakukan secara terperinci dengan melakukan pemotongan secara maya (bedah siasat maya) dan boleh disaksikan berulang-ulang kali.

  • Mesin imbasan CT Forensik yang digunakan ke atas mayat ini tidak akan digunakan untuk pesakit hidup. Ia hanya digunakan untuk mayat atau sebahagian anggota manusia yang telah mati.

 

Gambar 1: Mesin Imbasan CT Forensik

Bagaimanakah dan di mana pemeriksaan ini boleh didapati?

  • Sekiranya perlu doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.

  • Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital KKM terpilih.

Tujuan CT Forensik dilakukan

  • Mengesahkan identiti si mati.

  • Mengenalpasti sebab kematian.

  • Mengetahui punca, cara dan masa kematian.

  • Menghilangkan keraguan mengenai sebab kematian.

  • Menunjukkan penyakit dan kecacatan.

  • Mengesan, menggambar dan mendokumenkan penyakit dan kecederaan luar serta dalam.

  • Mendapatkan sampel untuk dikaji seperti kajian kuman, tisu abnormal dan lain-lain.

  • Mengambil gambar dan rakaman video bagi tujuan bukti/ barang kes.

  • Menyediakan laporan bertulis yang lengkap tentang penemuan dalam pemeriksaan mayat.

  • Memberi perkhidmatan pakar tentang interpretasi penemuan semasa pemeriksaan mayat.

  • Pengajian akademik, menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang perubatan.

  • Meningkatkan kepakaran.

  • Membuat kajian rawatan sesuatu penyakit.

  • Keperluan perundangan.

Jenis-jenis kes forensik yang memerlukan imbasan CT

  • Kes Kematian Medico-legal/ Kes Polis

    • Bedah siasat ke atas mayat yang dikaitkan dengan kes polis seperti kemalangan, mati lemas, kebakaran, pembunuhan dan kematian yang disyaki/ tidak pasti sebabnya. Majistret atau Polis akan mengeluarkan arahan (Borang Pol. 61) kepada Pegawai Perubatan Kerajaan untuk menjalankan bedah siasat.

  • Kes Kematian Klinikal.

    • Bedah siasat mayat dijalankan bagi mengesahkan punca kematian, kesan sesuatu penyakit atau kecederaan serta bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Kes-kes kematian ini tidak berkait dengan kes Polis seperti kes penyakit mudah berjangkit atau kematian di wad.

Adakah mana-mana fatwa yang mengatakan CT Forensik boleh dilakukan dalam Islam?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 – 6 April 2006 telah membincangkan hukum menggunakan kaedah autopsi maya sebagai alternatif kepada bedah siasat mayat. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan kaedah autopsi maya (virtual utopsy) dalam bedah siasat mayat jika memenuhi keperluan, wajib diberi keutamaan berbanding kaedah bedah siasat yang diamalkan sekarang. [2]

Bagaimanakah Prosedur CT Forensik dijalankan?

  • “Body bag” putih yang berisi mayat atau sebahagian anggota badan manusia akan dimasukkan ke dalam bilik imbasan CT.

  • Juru X-ray tidak akan menyentuh dan mengubah struktur mayat.

  • “Body bag” akan dipindahkan ke meja pemeriksaan imbasan CT.

  • Juru X-ray akan menjalankan imbasan CT.

  • Setelah selesai pemeriksaan, “Body bag” akan diambil oleh petugas forensik.

  • Imej-imej imbasan akan disimpan dalam sistem penyimpanan yang khas.

  • Pakar radiologi akan meneliti imej-imej yang telah dihasilkan untuk menyediakan laporan radiologi.

Rujukan

  1. Forensic Radiography and the IAFR, Internal Association of Forensic Radiographers, 2010, http://www.afr.org.uk

  2. Portal Rasmi Fatwa Malaysia, JAKIM, http://www.e-fatwa.gov.my

 

Semakan Akhir : 9 Jun 2014
Penulis : Zaidah binti Maspin
Akreditor : Norman Serbastian Alangaram

Artikel Berkaitan

ALAHAN

Apa Itu alahan? Alahan bermaksud perubahan aktiviti. Ia juga dikenali

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,243,520

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia