A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apa Itu CT Brain?

  • Adalah satu pemeriksaan imbasan ke atas struktur tengkorak dan otak.

  • Pemeriksaan CT Brain boleh memberi maklumat yang lebih tepat berkenaan tisu otak dan juga struktur otak berbanding dengan pemeriksaan X-ray kepala. [4]

  • Ada sesetengah indikasi bagi pemeriksaan CT Brain memerlukan suntikan media kontras. (maklumat lanjut berkaitan media kontras boleh dirujuk ke Pemeriksaan CT Scan)

  • CT Brain juga telah menjadi pilihan utama bagi kes kecederaan kepala. Ini kerana imej yang dihasilkan adalah jauh lebih detail berbanding dengan pemeriksaan X-ray biasa. [1]

  • Ia juga dapat membantu untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat mengenai kecederaan, strok dan pendarahan. Ini dapat membantu doktor untuk memberikan rawatan yang tepat dalam masa yang cepat.

Bagaimanakah Untuk Mendapatkan Pemeriksaan Ini Dan Di Mana?

  • Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda doktor tersebut akan menentukan samada anda memerlukan pemeriksaan ini.

  • Sekiranya perlu doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.

  • Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital KKM terpilih.

Bila CT Brain Diperlukan?

  • Di antara sebab-sebab CT Brain dilakukan [3] adalah:

    • untuk melihat metastasis pada otak

    • melihat kecederaan kepala

    • melihat pendarahan dalam otak

    • melihat keabnormalan pada otak dan struktur rangka kepala

Sebelum Pemeriksaan CT Brain

  • Juru X-ray akan menerangkan kepada anda tentang pemeriksaan yang akan dilakukan.

  • Sila maklumkan kepada juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.

  • Jika pemeriksaan memerlukan kontras media, maka beberapa arahan perlu dipatuhi seperti:

    • Anda perlu berpuasa minimum 4 – 6 jam sebelum pemeriksaan.

    • Makan ubat steroid yang dibekalkan 12 jam dan 2 jam sebelum pemeriksaan.

    • Anda tidak digalakkan memakai atau membawa barang kemas dan barang berharga pada hari pemeriksaan.

  • Anda perlu menanggalkan objek berasaskan besi seperti klip rambut, subang dan rantai leher, untuk mengelakkan artifak pada imej.

  • Jika anda akan menjalani pemeriksaan CT Brain dengan media kontras, maka doktor akan memasangkan jarum pada tangan atau lengan anda.

Semasa Pemeriksaan CT Brain

  • Anda diminta untuk baring di atas meja pemeriksaan CT Scan.

  • Juru X-ray akan memposisikan kedudukan anda seperti meluruskan badan dan memastikan kepala anda dalam kedudukan yang betul.

  • Meja pemeriksaan akan dimasukkan ke dalam gantry.

  • Pintu bilik pemeriksaan akan ditutup, tetapi anda masih dapat berhubung dengan juru X-ray dan doktor melalui intercom.

  • Anda dinasihatkan supaya tidak bergerak sepanjang imbasan CT (CT Brain) dilakukan untuk mengelakkan berlakunya herotan pada imej dan akan menyebabkan pemeriksaan ulangan.

  • Imbasan CT akan dimulakan.

  • Jika anda menjalani pemeriksaan CT Brain berkontras, kemungkinan anda akan rasa tidak selesa selepas media kontras disuntik ke dalam salur darah seperti rasa panas di seluruh badan, mual, pening dan lain-lain. Walaubagaimana pun, simptom ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja.

  • Doktor dan juru X-ray yang bertugas sentiasa ada bersama untuk memantau keadaan anda sepanjang pemeriksaan dijalankan.

  • Selepas imbasan CT selesai, meja pemeriksaan akan dikeluarkan dari gantry.

  • Anda dibenarkan turun dan dibenarkan menukar pakaian.

  • Jarum suntikan akan dibuka (sekiranya ada).

Selepas PemeriksaanCT Brain

  • Bagi anda yang menjalani pemeriksaan CT Brain tanpa penggunaan kontras media, tiada apa-apa penjagaan khusus diperlukan.

  • Bagi anda yang telah menjalani pemeriksaan CT Brain berkontras, anda disarankan agar minum banyak air untuk mempercepatkan media kontras keluar dari badan melalui proses pembuangan air kencing.

  • Pastikan anda stabil sebelum dibenarkan balik.

  • Jika ada sebarang masalah, hendaklah dimaklumkan kepada Juru X-ray yang bertugas.

Laporan Pemeriksaan

  • Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan radiologi akan disediakan.

Contoh imej CT Brain Sumber: http://blog.radiology.ucsf.edu/wp

Rujukan

  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Computed_tomography_of_the_head

  2. http://blog.radiology.ucsf.edu/wp

  3. http://www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?ContentTypeID=92&ContentID=P07650

  4. http://www.hopkinsmedicine.org/healthlibrary/test

 

Semakan Akhir : 9 Jun 2014
Penulis : Ridani binti Mohamad
Akreditor : Daud bin Ismail

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,217,367

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia